Wednesday, 12 September 2018

Depression: Berhak Bahagia

As'salam.. Apa khabar semua.. Wah!!! Cuti lagi.. Seronok betul dapat cuti panjang dan dapat cuti sakit sehari.. 



Ada yang nasihatkan Ai supaya tak perlu la bagi tahu orang yang Ai ada depression.. Bagi Ai pula, Ai terbuka tentang depression sebab nak betulkan tanggapan orang supaya tak pandang serong pada pesakit Major Dispression Disorder (MDD).. Dan hanya orang yang ikhlas akan terima semua kekurangan kita..

Lagi pun, MDD bukan penyakit berjangkit.. Bukan juga penyakit kerana lemah iman.. MDD penyakit yang boleh sembuh dengan sokongan orang yang rapat dan orang sekeliling.. 

Alhamdulillah.. Ai dah makin sihat.. Dan Ai memang tak tahu apa fungsi ubat yang pakar psikiatri bagi tu.. Hahahaha.. Sebab hari cuti, Ai masih macam dulu.. Bercinta dengan tilam.. 


Ok la.. Harapan Ai, nak sihat tanpa perlu makan ubat.. Pandangan positif dan sokongan korang, menaikkan semangat Ai untuk keluar dari gaung kemurungan.. Masih mencari tangga, tali or tangan yang sudi menarik Ai keluar dan kembali kepada diri Ai yang dulu.. Doakan Ai sihat, ye..


Nota Jari: Video buat dalam kelam kabut.. Sambil cover malu tak nak orang nampak.. Hahaha..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...