Friday, 10 August 2018

Major Depression

As'salam.. Salam jumaat.. Harap korang semua sihat.. Dan doakan juga supaya Ai sihat, ye..

Eerrmmm.. Selasa lepas Ai dah pergi temujanji dengan pakar psikiatri.. Ai ambil cuti walaupun sesi temujanji tu pada sebelah petang.. 



Konon nak pergi awal supaya senang dapat parking.. Tiba-tiba pagi selasa tu, HB pengsan kat sekolah.. So bawa HB pergi klinik, si HK Ai bawa sekali.. Dah selesai ambil ubat, risau pula nak biar HB duduk rumah seorang diri.. So Ai bawa la 2 beradik tu pergi rumah my dad..

Pukul 12.30pm, Ai terus gerak pergi hospital.. Ai plan nak solat zohor kat surau hospital je sebab appointment pukul 2pm.. Alhamdulillah, plan Ai semua dipermudahkan.. Buka je kaunter, terus beratur bagi surat rujukan.. Kena timbang berat dan ambil tekanan darah sebelum jumpa doktor..
Eeehhh.. Turun pula berat.. Ok, nampaknya misi menggemukkan badan tidak berjaya.. Tekanan darah normal je walaupun dari hari isnin Ai sakit kepala.. Hahahaha.. Ai risau doc tak percaya pada cerita Ai sebab Ai jenis bercerita sambil senyum.. Nanti doc anggap Ai mereka-reka cerita pula..

Macam-macam soalan yang doc tanya.. Ada masanya Ai menangis, Ai tengok doc buka laci dan cari sesuatu.. Rupanya doc nak bagi tisu.. Eerrrmmm.. Mesti buruk muka Ai masa menangis.. Hahahaha.. 
Dah habis sesi, doc cakap dari soalan yang dia tanya dia dapat simpulkan, Ai memang ada major depression.. So doc minta Ai pergi ambil darah.. Doc bagi tarikh temujanji berikutnya pada 29/8/2018.. Dan ubat untuk kemurungan.. Ai risau kalau ubatnya menjadikan Ai mengantuk.. 

Sebab Along kalau makan ubat asyik nak tidur dan asyik nak makan.. Hahahaha.. Doc kata bergantung pada badan, ada orang makan ubat tu jadi tak boleh tidur, ada orang makan ubat tu jadi mengantuk.. Doc kata ubat tu nanti akan bagi Ai selera makan dan boleh kembalikan semangat Ai untuk mencoret..

Doc nasihatkan Ai cari seseorang yang Ai boleh percaya untuk jadi pendengar setia dan support Ai.. Sebab setiap masalah, Ai tahu jalan penyelesaiannya.. Doc kata Ai cuma perlukan orang untuk mendengar dan support Ai.. Tiba-tiba Ai terfikir doc nak suruh Ai buat iklan kerja kosong ke?? Hahahaha.. Tapi ni kerja tanpa bayaran lah ye..

Ye la, dulu Ai ada my mom.. Lepas arwah meninggal, Ai rapat dengan KN.. Tapi sejak pindah opis baru, Ai takde orang yang Ai betul-betul percaya.. So Ai banyak pendam sendiri.. Mungkin disebabkan tu, depression Ai menjadi semakin teruk..



Malam rabu sebelum solat isyak, Ai terus makan ubat yang diberi.. Tengah solat Ai dah rasa laloq.. Teruskan juga buat solat hajat dan witir.. Then terus tidur.. Macam biasa pukul 3am, Ai memang akan terjaga.. Tapi Ai sambung tidur dengan niat nak bangun pukul 4.50am.. 

Tepat 4.50am, Ai bangun terus mandi dan solat tahajud.. Mata dah mula mengantuk balik, so Ai ambil keputusan untuk tidur.. Pukul 6am bangun pula untuk kejut HB pergi sekolah.. Tapi HB kata masih tak sihat, so Ai suruh bangun solat subuh je la.. Ai solat subuh dan mengaji 1m/s je.. Kepala rasa berat sangat.. Pastu buat keputusan sambung cuti.. 

Takut tiba mengantuk masa tengah ride, tak pasal-pasal masuk berita pula.. Dah la masa jumpa doc, Ai bagi tau memang pernah fikir nak langgar lori.. So sebelum sesuatu yang buruk berlaku lebih baik Ai sambung tidur je.. Hahahaha.. Memang kelakar, kesan ubat tu buatkan Ai mengantuk 24jam.. 

Hari rabu dan khamis Ai tak berani makan ubat, takut melekat terus kat tilam..  Sebab Ai tak plan pun nak sambung cuti sampai jumaat.. Dah bujang bertuah tu kata masih tak larat pergi sekolah, Ai pun kena cuti la.. Opis dah la jauh dari rumah.. Tak sampai hati nak tinggal HB sorang kat rumah..

Ok, malam ni nak try makan ubat separuh je.. Buat experiment.. Hahahaha.. Kalau kesannya 12jam, means Ai kena ambil 1/4 je la untuk kesan mengantuk 6jam.. Adeeeehhhh.. Pilnya dah la kecil je, puas la nak kena potong 4..

Lupa nak bagi tau.. Walaupun keputusan saringan Minda Sihat tu anxiety Ai sangat teruk.. Tapi Ai dah pandai kawal.. Sebab tu doc tak bekalkan Ai ubat untuk anxiety.. Boleh baca entry Anxiety Disorder untuk tahu cara Ai atasinya..


Nota Jari: Hahahaha.. Ada ke yang sudi nak mohon jawatan kosong tu??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...