Sunday, 15 July 2018

Kuatkan Hati

As'salam.. Sihat ke?? Hehehe.. Ada ke yang risau kan Ai.. Hehehehe.. Al-maklum la, 3 minggu Ai langsung tak mencoret.. Macam biasa la, kalau Ai tak mencoret means Ai tengah busy or tengah serabut..
Dan maknanya rasional Ai kalah pada emosional Ai.. Ai tak kan mencoret dalam keadaan tertekan or emosi tak stabil.. Hehehehe.. Bila fikiran serabut, memang takde mood langsung nak mencoret walaupun banyak cerita dan idea yang berlegar-legar dalam fikiran..


Ok, la.. Tujuan coretan kali ni sebab terkesan dengan luah isteri yang kena talak kali ketiga disebabkan si suami ada orang lain.. Ai baca dalam mukabuku petang tadi.. Hukhukhuk.. Takde ungkapan yang sesuai untuk Ai gambarkan perasaan Ai.. Nak maki??? Errrmmm.. Ai memang tak pandai maki orang.. Perkataan paling kasar yang Ai sebut cuma b***h, ba****g dan c****a.. 

Memang la simpati tapi takde la sampai nak tambah dosa sendiri sebab maki-maki orang.. Bagi Ai mudah je.. Setiap orang hadapi ujian yang berbeza sebab tahap kemampuan setiap orang adalah berbeza.. Ujian yang besar bagi kita mungkin cuma ujian kecil bagi orang lain.. Allah tahu tahap kemampuan setiap orang.. Allah tak uji diluar kemampuan kita..

Ada orang diuji berkahwin kemudian dikhianati.. Ada orang diuji telah lama berkahwin tapi masih belum ada zuriat.. Ada orang diuji rajin berusaha tapi hasilnya tetap sedikit.. Ada orang diuj mudah dapat apa yang dihajati tanpa perlu usaha yang banyak.. Ada orang diuji dengan kekayaan.. Ada orang diuji dengan penyakit..

Masalahnya, ramai geng membawang yang gemar membuat penilaian dan penghakiman sendiri.. Selalu bersangka buruk pada orang lain.. Tak sanggup nak baca komen-komen negatif netizen di socmed..


Tak diuji seperti mereka tidak menjadikan korang lebih baik dari mereka.. Korang tak diuji seperti mereka kerana Allah tahu korang tak mampu.. Korang bagi gelaran macam-macam pada mereka.. Korang pasti ke pengakhiran mereka macam mana?? Sedangkan korang sendiri pun tak dijamin syurga..
Kepada confessor (lupa nama nya), mungkin kita tak ditakdirkan bahagia dengan lelaki yang bergelar suami.. Insya-Allah, akan selalu bahagia dengan lelaki yang bergelar anak-anak.. Pastinya ini yang terbaik untuk kita pada masa ini.. Jangan mengalah, tak perlu ambil peduli penilaian orang terhadap kita.. Sentiasa dahulu kan penilaian Allah pada kita..


Nota Jari: Manis adakalanya menjadi penyakit.. Pahit biasanya menjadi penawar.. Kuatkanlah hati.. Yakin dengan Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...