Wednesday, 25 July 2018

Hidup Baru

As'salam.. Lamanya tuan blog bersembunyi.. Huhuhu.. Bukan apa, Ai tengah stress sebenarnya.. Dari bulan lepas.. Tapi bulan lepas, Ai masih gagah juga mencoret.. Bulan ni, dari awal bulan memang mood dah takde.. Ibarat layang-layang yang terputus tali.. So bukan senang nak kejar balik mood tu.. Hahahaha..
Pemandangan di opis baru..





Ok, sudah tentunya ada isu yang Ai nak ulas.. Sebab tu tiba-tiba nak mencoret.. Alkisahnya, Ai memang suka like apa-apa je yang lalu kat wall Ai.. Kadang-kadang tak perasan pun siapa yang share.. Hahaha.. Selain tu, Ai juga suka komen kat apa-apa page yang lalu kat wall Ai.. Walhal Ai tak like pun page-page tu.. Kuang.. Kuang.. Kuang..

So petang ni, ada kawan share pasal pembantu makmal stress permohonan bertukarnya tidak disokong.. Eerrrmmm.. Ai feel her pain.. Ai had the same problem.. 

"Tengoklah macamna nanti.. Saya kena tengok keutamaan organisasi, barulah individu.."

Kata-kata yang pedih terus menusuk ke dada.. Ai senyum dalam kelat.. Melangkah longlai keluar dari bilik big boss.. Ai tak minta simpati.. Ai cuma minta tolong faham masalah yang Ai hadapi.. Mohon bertukar hari ni, bukan mesti terus dapat.. Sekurang-kurangnya, Ai rasa lebih semangat untuk bekerja kalau permohonan Ai bertukar disokong.. Sebab Ai rasa lega, ada orang yang faham masalah Ai..

Puas berfikir.. Akhirnya, Ai buat surat dengan lengkap butiran perbelanjaan yang perlu Ai tanggung dan kenapa Ai pilih untuk berulang dari bagan serai ke georgetown.. Boleh baca entry e-Tukar Bukan Guru..

"Tuan, kalau tuan ada masa.. Nanti tuan baca, ye.. Surat Ai kenapa Ai nak sangat bertukar.." Masih melemparkan senyuman walaupun hati sedih.. Tak sangka, wajah yang nampak sombong mempunyai ihsan dihati.. Alhamdulillah, sejak tu pertukaran Ai disokong dengan pengganti datang kemudian.. Means tiada halangan untuk Ai bertukar sekiranya ada kekosongan di tempat yang Ai pilih..





Dah big boss sokong pengganti datang kemudian pun masih gagal dapat bertukar.. Sebabnya jawatan Ai kewangan, tak semua sekolah layak dapat kerani kewangan.. Hanya sekolah-sekolah yang ramai murid (rasanya jumlah pelajar 1k ke atas) je yang layak.. Sama la juga dengan jawatan pembantu makmal.. Bukan semua sekolah ada pembantu makmal.. Dan kekosongan bergantung pada kuota makmal dan pelajar..

Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. Dia tahu Ai dah tak mampu hadapi.. Akhirnya, selepas 12 kali mohon bertukar barulah Ai betul-betul berjaya dapat bertukar.. Itu pun, macam-macam dugaan yang Ai dah tempuh.. Dan Ai nekad nak berhenti kerja kalau masih gagal bertukar..  Boleh baca entry tahun lepas, Hampir Karam dan Tiada Dendam.. 

Tapi Ai memang tak pernah target nak stay lama kat opis baru ni.. Sebab tu, Ai tak bercerita langsung pasal opis baru.. Bulan ni, cukup setahun Ai bertukar.. Hujung bulan lepas, Ai dah bagi tahu big boss.. Ai nak mohon bertukar.. 

"Takpe la.. Nanti kita tengok macamna.. Saya tengok kerja kamu ok.. Kamu tak payah fikir hal masalah kat rumah.. Kamu buat kerja kamu je.."

Lagi sekali, Ai tersenyum dalam kelat.. Sudahnya, Ai mohon cuti rehat dan bawa anak-anak ke rumah my SIL.. Ai stress sangat.. Ai nak lari sekejap dari masalah.. Dan disebabkan itulah, bulan ni memang Ai takde mood langsung nak menulis.. 

Tapi minggu ni, Ai dah buat keputusan.. Ai nak berhijrah.. Ai nak mulakan hidup baru.. Ai nak bina hidup baru.. Ai nak berhenti kerja.. Ai nak cari kerja yang lebih baik.. Ada amanah yang masih belum Ai tunaikan.. Arwah mak minta Ai bantu adik-beradik Ai.. Tingkatkan taraf kehidupan keluarga Ai.. Ai janji dengan arwah mak untuk tanggung yuran sekolah pondok Asu.. Tapi lepas mak meninggal, Asu berhenti sekolah pondok.. Dan Ai sendiri terlalu banyak masalah pada masa tu..

Ai dah siap update resume, cuma cover letter belum buat lagi.. Eehhhh!!! Chhooooppp.. Ai bukan nak berhenti kerja dulu baru cari kerja lain.. Ai cari kerja lain dan kalau dapat, barulah Ai berhenti kerja.. Notis 1 bulan or 1 bulan gaji.. Baik pilih notis 1 bulan.. Hehehe.. 

KI tanya, tak sayang ke nak berhenti??

"Errrmmm.. Memang la sayang.. Duit kwsp Ai dah tinggal kosong dalam akaun.. Hahahaha..", jawab Ai sambil berseloroh..

"Kak, ini bukan pertama kali Ai nekad nak berhenti.. Ai nekad sebab Ai yakin rezeki Ai, Allah yang tentukan.. Bukan kerja ni yang bagi rezeki kat Ai tapi Allah.. Allah takkan menzalimi Ai.."


Nota Jari: Kalau ada kerja kosong, bagi tau Ai, ye.. Semangat berkobar-kobar nak cari kerja lain..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...