Wednesday, 13 June 2018

Ramadhan Terakhir

As'salam.. Salam Ramadhan ke-28.. Wooowww.. Esok lusa dah nak raya.. Rasa sekejap je, Ramadhan dah nak berakhir.. Ai tahun ni semangat pula ambil cuti raya.. Tahun sebelum-sebelum ni, sehari sebelum raya pun Ai masih kerja.. Hahahaha..
Selepas bertahun, ini la kali pertama kami sekeluarga semangat nak sambut raya.. Dalam keseronokan nak sambut raya.. Rasa sedih tetap bersarang di hati.. Sedih tak dapat beraya dengan orang tersayang.. Walau pun sayang tetap kena relakan pemergian.. Bukan mudah nak terima hakikat, raya tak semeriah dulu tanpa kehadiran mak..

Alkisah, masa minggu pertama puasa, Ai pergi ziarah kenalan yang sedang nazak..  Ai tak kenal sangat dengan maklah sebab Ai masih baru di opis ni.. Ai just ikut my pren pergi ziarah sebab Ai pernah upah jahit baju kat maklah.. 

Melangkah masuk ke bilik maklah, Ai terbayang keadaan arwah mak semasa nazak.. Terus hidung Ai berair, air mata mengalir tanpa sedar.. Hati Ai jadi resah.. Ai dapat rasakan maklah akan pergi.. Ai teringat Ai masih lagi dalam wuduk sebab Ai baru selesai solat dhuha sebelum datang ziarah maklah..

Lantas Ai capai tab dan terus mencari surah ke-36.. Surah yassin.. Air mata terus mengalir.. Hati terasa hiba sangat.. Ai terfikir macamna Ai nak hadapi andainya didepan Ai ketika itu adalah MIL or ma.. Sambil mengaji, Ai berdoa supaya urusan maklah dipermudahkan..

Petang tu, kami terima perkhabaran maklah telah meninggal dunia.. Kami berasa lega kerana dah pergi ziarah maklah pada sebelah pagi..

Pernahkah kita terfikir, mungkin tahun ini ramadhan kita yang terakhir??? Bersediakah kita untuk menemui malaikat Izrail???

Kita tak tahu siapa jodoh kita.. Kita tahu bila ajal kita.. Kita tak tahu di mana rezeki kita.. 

Betapa lemahnya kita.. Jadi kenapa kita perlu bazirkan ruang dan peluang yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah??? 

Rebutlah masa yang ada dengan menambah amalan.. Mengejar redha Allah lebih utama dari mengejar harta dunia.. 


Nota Jari: Insya-Allah.. Jika jodoh Ai (ajal) belum tiba, pasti akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...