Monday, 18 June 2018

Kisah Seram: Bisikan

As'salam.. Huhuhu.. Sakit kepala.. Tadi minum air bergas masa kat rumah bapa.. Dah makan panadol pun still tak hilang sakit kepala..
Sebenarnya dah lama nak buat entry ni.. Tapi macam biasa la.. Suka sangat simpan buat jeruk dulu.. Huhuhu.. Ni kira sambungan kisah seram yang Ai coret sebelum ni.. Kebetulan kejadian ni berlaku minggu lepas.. So kena keluarkan la juga entry ni..

Ok, hari selasa minggu lepas, lepas berbuka puasa macam biasa Ai akan terus basuh dan kemas sinki.. Ai perasan ada belalang hijau di sinki.. Masa HK datang nak basuh tangan, Ai saja sakat HK.. Supaya dia tak main air, Ai tunjuk belalang tu.. Pastu baru Ai perasan.. Di atas belalang tu ada tanda merah dan bentuk muka nya tajam..

Ini bukan belalang biasa.. Ini belalang pelesit.. Ai capai pisau dan letak atas belakang kepala belalang tersebut.. Ia melompat, Ai tetap ikut dan terus letak pisau di belakang nya..


"Nak apa dari keluarga aku??? Keluar dari rumah aku.. Kalau tak, aku bunuh.."

Lepas Ai cakap macam tu, terus belalang tu melompat terbang ke tingkap.. Petang Rabu, Ai balik rumah bapa.. Tak balik pagi sebab tunggu kak mun datang kemas rumah.. Duit upah, dia dah ambil hari ahad ritu.. Tapi sampai ke petang, tak datang juga.. Huhuhu.. Sah dah kena tipu.. Hukhukhuk..

Ok, sambung balik.. Masa kat rumah bapa, Ai cerita la pasal belalang tu.. Atam dengar terus bagi tau, dia pun ada kena kacau.. Yang pelik nya, setiap kali ada yang kacau Ai, mesti Atam pun akan kena.. Ai kata mungkin sebab Atam waris Ai yang paling kuat or rapat..

Bila Ai cerita tu, Atam dapat bayangan penunggang belalang tu, perempuan yang buruk mukanya.. Atam tanya, Ai tak nampak ke bayangan or gambaran.. Alhamdulillah, hijab mata Ai masih tertutup.. Ai cuma boleh dapat rasa kehadiran entiti asing.. 

Actually, since sekolah lagi.. Ai selalu diganggu oleh bisikan.. Sebab tu Ai suka tidur dalam kelambu.. Kalau tidur tanpa kelambu, Ai akan pastikan telinga Ai ditutup dengan kain or bantal.. Bisikan tu bukan je datang masa nak tidur, tapi kadang-kadang masa Ai berjaga dan duduk sorang-sorang..

Tapi Ai jenis malas nak ambil pusing sangat.. Dah la Ai memang penakut.. Huhuhuhu.. Alhamdulillah.. Sekarang dah takde dengar bisikan.. Allah pelihara Ai.. Ai yakin Allah ada.. Serahkan semuanya kepada Allah.. Takde makhluk yang mampu menandingi kekuasaan Allah.. Dan semua yang berlaku adalah dengan izin Allah..

Masa pergi rumah ma, Ai cerita pada ma masa hanya kami berdua di dapur.. Ai sebenarnya teragak-agak, boleh ke bunuh belalang tu.. Ma cakap; "bunuh je la, dah dia datang kacau Ina"..


Nota Jari: Beriman pada alam ghaib tu wajib.. Tapi jangan terlalu taksub sehingga terpesong akidah.. Tetap yakin semua yang berlaku atas izin Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...