Thursday, 14 June 2018

Ketupat Palas

As'salam.. Salam hari terakhir Ramadhan 2018.. Eehhh.. Macam konpiden esok raya, je.. Hehehehe..
Alkisahnya, dah bertahun kami tak buat ketupat palas.. Macamna nak buat, nak raya pun takde mood.. Huhuhu..

Hari isnin lepas, Ai singgah pasar pagi.. Saja nak cari daun palas.. Lama tak buat, rasa rindu pula.. Dah beli, Ai terus call my dad..

Ai: pak, akak beli daun palas..
Bapa: banyak ke beli??
Ai: seikat RM5, akak beli 2 ikat..
Bapa: nanti hang balik kerja, bapa tunggu kat simpang 4..
Ai: tak yah la.. Akak buka siap-siap kat opis.. Nanti rabu akak bawa balik rumah bapa..

Excited my dad bila tau Ai nak buat ketupat palas.. Hehehe.. So hari ni, terpaksa pergi bagan serai.. Balik rumah sebab semalam lupa bawa pulut.. Hahahaha.. Mentang-mentang la rumah dekat dengan kampung.. Nak mandi pun balik rumah..

Memang dari zaman kanak-kanak, tugas Ai setiap kali raya buat ketupat palas.. Tukang buka daun palas dan tukang balut pulut dalam daun palas.. Part masak memang awal-awal angkat tangan.. Tak minat.. Weeekkkk..

Tahun ni, Ai paksa Una dan Efa tolong bungkus sekali.. Hehehe.. First time, anak sedara Ai tolong bungkus.. Seronok (terpaksa rela).. Hahahaha.. Nasib la.. Kita 4 orang je perempuan.. 


Nota Jari: Raya nanti, jemput la datang rumah.. Duit raya diberikan kepada yang tingginya kurang dari bahu Ai dan sementara stok masih ada.. Hahahaha..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...