Sunday, 10 June 2018

Biskut Florentine - Almond Crunchy Karamel

As'salam.. Salam Ramadhan Al Mubarak.. Amboi.. Masing-masing tengah sibuk buat biskut raya ke tu?? Tahun ni, Ai terajin sikit.. So mood nak buat biskut raya datang secara tiba-tiba.. Hahahaha..

Ni biskut raya paling senang nak buat.. Walau pun modalnya mahal.. Huhuhu.. Tapi sangat berbaloi bagi yang suka makan kekacang.. Dijamin sedap ya amat..
Ni kira murah la.. Sebab Kak Syu jual separuh kat Ai.. Alkisahnya, masa meeting minggu lepas.. Ai sibuk cari resepi biskut raya.. Kak Syu cerita dia nak buat biskut florentine.. Dia kata nak guna separuh je tepung tapi tetap kena beli sebungkus.. Tepung florentine ni sebungkus RM19.. Huhuhu.. So Ai minta kak syu jual bakinya kat Ai..

Bahan-bahannya:
200 gm - Tepung Florentine (ada jual kat kedai bahan kek je.. Kat mydin takde jual)
200 gm - Hirisan badam (ni pun beli kat kedai kek)
150 gm - Kuaci
15 gm - Bijan Hitam
15 gm - Bijan Putih

Cara-caranya:

1. Panaskan oven 8-10 minit

2. Gaulkan tepung florentine bersama hirisan badam dan kuaci..
3. Lapik dulang dengan non-stick paper.. (Ni Ai beli kat mydin)

4. Tuangkan adunan tadi dan ratakan.. 

5. Taburkan bijan hitam dan putih..

6. Bakar menggunakan api atas bawah..  180° selama 15-20 minit..
Tada... Bila dah masak, warnanya berubah jadi perang.. Potong masa masih panas mengikut saiz yang korang nak..

Disebabkan masa Ai keluarkan dari oven, ada orang datang.. Biskut Ai dah sempat sejuk.. Nak potong dah tak boleh.. So Ai patah-patahkan je la.. Hahahaha..

Peringatan.. Kalau tengok resepi yang asal, hirisan badan dan kuaci kena bakar dulu.. Tapi disebabkan Ai terover excited sangat.. Ai terus gaul dengan tepung florentine.. Mujur elok je masak nya.. Kalau tidak, menangis la kat bucu tilam.. Hahahaha..


Nota Jari: Eerrrmmmm.. Sedap ya ampun.. Nanti boleh buat lagi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...