Thursday, 31 May 2018

Kerabu Telur Masin

As'salam.. Salam Ramadhan.. Kome berbuka apa hari ni?? Ai berbuka simple-simple je..
Kali ni, Ai nak share resepi Kerabu Telur Masin.. Ai dapat resepi ni dari mukabuku.. Disebabkan Ai memang suka makan kerabu dan telur masin, so ni memang menu wajib cuba..


Bahan-bahan (yang Ai guna):
2 biji telur masin
1 biji tomato
1 biji bawang sederhana besar
3 biji bawang putih
Halia (tak tahu nak agak saiz)
Cili melaka (ikut la nak pedas mana)
Kacang tanah (yang dah disangan)
Carrot (parut main agak-agak je.. Hehehe)
Garam
Ajinamoto
Gula
Perahan air limau nipis

Cara-caranya:

1. Rebus telur masin..
2. Cincang bawang besar, bawang putih, halia, cili melaka.. Potong tomato dan parut carrot..
3. Gaulkan semua bahan-bahan tadi dan kacang tanah
4. Perahkan limau, masukkan garam, ajinamoto dan gula
5. Masukkan telur masin.. (Ai tak potong-potong.. Bila gaul tu, telur hancur sendiri.. Hehehe)

Ok.. Dah ready untuk dimakan.. Senang dan mudah..

Kat bawah ni resepi asal yang Ai dapat dari mukabuku.. Dan yessss.. Ai tak ikut sangat pun bahan-bahannya.. Ai belasah je apa yang ada kat rumah.. Hehehe..

So terpulang la, korang nak ikut resepi yang mana..

Nota Jari: Memang sedap.. Mudah dan ringkas nak sediakan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...