Friday, 11 May 2018

Hentikan Perbalahan

As'salam.. Salam Malaysia Baru.. Woooowww!!! Memang terkejut.. Tapi tu la hakikat nya..
Ai memang tak minat langsung politik.. Tak nak ambil tau pasal politik.. Sebab Ai tak suka kutuk mengutuk, maki memaki, buruk memburuk dan apa-apa seangkatan dengannya..

Sebab Ai berpegang pada sifat Rasulullah yang tak pernah mencela sesiapa dan apa-apa.. Bukan nak kata Ai baik.. Tapi Ai rasa sedih bila sesama manusia saling menghina hanya kerana politik.. Sedih sangat..

Ai menangis sepanjang perjalanan balik kerja pada hari selasa tu.. Ai risau sangat.. 

"Ya Allah.. Aku hanya ingin hidup aman.. Aku tak suka pada perbalahan.. Aku tak suka orang yang terlalu taksub sehingga terlupa menjaga percakapan.. Ya Allah, aku sedih sangat.. Janganlah kerana parti kami berpecah belah.. Aku nak terus hidup rukun.. Ya Allah, kuatkanlah iman kami.. Tetapkan iman kami.. Matikanlah kami dalam islam..

Aku tahu dunia semakin tua.. Aku risau sekiranya mereka terlalu taksub sehingga mereka lupa pada-Mu.. Tidak yakin pada ketentuan-Mu.. Lupa bahawa semua yang berlaku adalah dengan izin-Mu.."

Kenapa Ai tak minat politik???
Sebab Ai dibesarkan dalam keluarga yang sopan santun.. Tiada makian.. Tiada kekasaran.. Tiada kekerasan.. Arwah mak sentiasa nak kami adik beradik saling sayang menyayangi.. Family Ai tak pandai bercakap kasar.. 

Dan dari Ai kecil, bapa sangat suka tengok berita.. Terutamanya bila ada part dalam parlimen.. Ai cukup tak suka tengok.. "Pak, akak tak suka la orang gaduh-gaduh.. Kenapa mesti ada pembangkang?? Tak boleh ke semua orang sokong je??", soal Ai pada bapa.. "Kalau semua orang sokong je, nanti takde siapa yang nampak ada salah.. Dalam negara kena ada pembangkang.. Baru lah negara boleh maju.. Pembangkang akan selalu cari salah dan kerajaan kena betulkan salah tu..", jawab bapa.. Jawapan yang melekat dalam minda Ai sampai saat ni..

Bila ada apa-apa isu yang viral, Ai akan tanya bapa dan ma.. Ai nak tengok reaksi dorang.. Kalau dorang rasa terbeban, Ai sebagai anak akan turut sama rasa marah.. Tapi kalau dorang boleh terima je, Ai pun ok je.. Ai really adore my dad.. So kalau korang nampak sifat baik dalam diri Ai, itulah sifat baik my dad and my mom..

Walaupun bapa penyokong tegar, tapi bapa tak pernah paksa kami ikut pilihan dia.. Bapa kata kami dah besar dan dah pandai fikir sendiri, buat la keputusan sendiri.. Dan pilihan Ai adalah; Ai tak minat politik sebab Ai tak suka orang cakap kasar..

Perkataan makian paling kasar yang Ai sebut adalah; bodoh, bangang dan celaka.. Ai memang tak pandai marah orang dan tak suka marah.. Tapi kalau sesiapa boleh buat Ai sebut perkataan tu, memang kena ucap tahniah kat orang tu.. Sebab berjaya tarik pahala Ai.. Adeeehhhhh!!! Dah la pahala tak banyak.. Pastu sedekah kat orang pula.. Huhuhuhu..

Disebabkan dah berapa malam Ai tak boleh tidur, HM la jadi mangsa.. Hahahaha.. Kena melayan apa yang Ai risaukan.. Adeeehhhh.. Sakit kepala.. Ai tak boleh tidur sebab terlampau risau..



Nota Jari: "Terima kasih HM.. Terus hidup sihat dan bahagia tau.. Oowwhhh, ye.. Malam tadi Ai mimpi awak kata nak kahwin lain.. Siap pakai baju nikah kita.. Puas Ai gelak.. Tak tahu kenapa, tapi Ai rasa kelakar sangat.."

2 comments:

  1. sy mengikuti blog akak dari tahun 2015. sy kagum dan tatkala sy penat ulang alik jauh ke tempat kerja, sy akan teringat catatan tentang ketabahan akak. sy juga ada kawan yg memiliki ijazah tapi kerja mnggunakan spm. dia juga telh beberapa kali iv tapi gagal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. tak sangka ada follower.. hehehehe..

      apa-apa pun, teruskan tersenyum pada takdir.. jangan mengalah.. yakin dan percaya pada Allah..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...