Tuesday, 15 May 2018

Hell Girl

As'salam.. Errrmmm.. Lagi 2 hari kita akan bertemu dengan bulan yang penuh dengan keberkatan.. Sama-sama la kita rebut peluang untuk menambah pahala..
Peminat anime mesti tahu cerita ni.. Kalau kat saluran animax selalu siar tengah malam.. Ai sanggup berjaga, nak tengok punya pasal.. 

Ok, Ai bukan nak review pasal anime ni.. Ai just nak story mory pasal dendam.. Yup.. Anime Hell Girl ni berkisar tentang dendam..

Dendam kesumat, dendam yang tiada maaf dihati.. Dendam yang sanggup dibawa mati.. Pendendam yang ingin mendapatkan khidmat Emma Ai (Hell Girl) akan diberikan boneka jerami yang terikat tali merah padanya.. Sekiranya tali pada boneka jerami itu ditarik, secara langsungnya si pendendam telah mengikat perjanjian dengan Hell Girl.. Mereka akan pastikan sasaran pendendam menerima balasan dan dihantar terus ke neraka..
Namun selepas itu, si pendendam akan menerima sumpahan di leher or badan.. Dan si pendendam juga akan dihantar ke neraka apabila mereka mati kelak..

Ok, boleh faham kut sipnosis simple cerita Hell Girl ni.. Hehehehe.. Point seterusnya, Ai nak ulas berkaitan dengan kehidupan harian kita.. Kita hidup dalam komuniti.. Kita tak kacau orang pun, adakalanya orang tetap tak suka pada kita..

Kenapa???
Kerana hati mereka berasa hasad.. Kerana mereka membiarkan hati sepi tanpa mengingati Allah.. Kerana itu, hati mereka mudah dirayu oleh S..

Disebabkan tu, ada yang menggunakan khidmat bomoh, jin untuk memenuhi rasa dendam, iri hati, cemburu, benci dan sebagainya.. Tujuannya hanyalah untuk memastikan satu pihak lagi menderita barulah hati mereka berasa puas..

Tapi betul ke boleh rasa puas?? Betul ke boleh rasa bahagia??

Tak.. Memang tak kan rasa puas dan bahagia selagi tidak menyucikan hati.. Nak bahagia perlu sucikan hati dulu.. Nak rasa puas perlu sucikan hati dulu.. Selagi hati masih hitam kotor, selagi tu rasa hasad dengki, dendam, cemburu, iri hati akan sentiasa bersarang..

Memang mudah untuk menunding jari kepada orang lain.. Sebab nak tutup kelemahan sendiri.. Selagi tak nak mengaku kesalahan diri, selagi tu hati tak kan rasa bersalah.. Bila takde rasa bersalah, maka semakin lupa untuk berishtigfar.. Dan semakin mustahil untuk melakukan solat taubat..

Sedarkah kita.. Semakin kita rasa sakit hati melihat kebahagiaan orang lain, sebenarnya kita semakin jauh dari Allah dan semakin dekat dengan S..

Oleh itu, Ai seru kepada yang membaca coretan ni.. Setiap kali berasa cemburu pada orang lain, cepat-cepatlah berishtigfar.. Yakinlah pada aturan Allah.. Bahagia kita tak mungkin sama cara dengan orang lain kerana setiap kita adalah berbeza.. Kenapa dia lebih, kita kurang.. Sebab apa yang dia perlukan tak mungkin sama dengan apa yang kita perlukan.. Bersangka baiklah dengan Allah.. Allah tak pernah menzalimi kita.. Bahkan kitalah yang sering menzalimi diri sendiri..

Zaman dah moden.. Harap pemikiran kita pun ikut sama moden.. Nak apa-apa?? Minta je dengan Allah.. Tak perlu buat benda-benda yang kurafat or syirik.. Allah Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Penyayang.. Berdoa lah dan teruskan berdoa.. Pasti Allah akan makbulkan pada masa yang tepat.. Kerana Dia yang Maha Mengetahui..


Nota Jari: Peringatan untuk diri Ai sendiri juga.. Jangan mudah terpedaya.. Berserah diri hanya pada Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...