Thursday, 3 May 2018

Cuti Sakit Lagi

As'salam.. Errrmmm.. Tak habis lagi kisah cuti sakit.. Huhuhu.. Nak balik kerja semalam, dah siap bagi tau kat my pren yang Ai nak MC hari ni.. Hahahaha.. 
Disebabkan tak tahan sakit yang berdenyut-denyut, pagi-pagi buta Ai terus pergi klinik.. 

Macam biasa la, bawa si bambam HK untuk teman Ai.. Ambil nombor siap-siap.. Lepas tu baru sedar hp tertinggal kat rumah.. So apa lagi, patah balik la ambil hp..

Disebabkan datang awal, dapat la cepat jumpa doc.. Ai cakap Ai kena alergik sebab jadi gatal-gatal kat tangan dan muka.. Bila doc tengok rekod, 2 bulan lepas Ai pernah datang dengan sakit yang sama.. Tapi masa tu doc lain..

Ai cakap la, doc sebelum ni risau tu tanda kanser limfoma.. So doc minta Ai buat blood test..

Alhamdulillah, resultnya Ai takde tanda-tanda kanser limfoma.. Doc suruh datang pula minggu depan untuk check-up.. Tapi Ai tak nak.. Ai nak selesaikan hari ni juga.. Sebab doc kata mungkin jerawat or bisul.. Ai tak nak tanggung sakit dah.. 

So doc minta medical assistant buangkan.. (sorry tak tau apa istilah yang sesuai untuk guna).. Tak kisah la.. Yang penting hilang sakit.. Dorang bius tapi masih rasa sakit masa dorang buat tu.. Huhuhu.. Dan tak nak tengok langsung apa yang dorang buat.. Sebab Ai rasa ngeri.. Tapi dorang bagi tau doc, nanah cuma ada sikit je.. Yang banyak nya darah je keluar.. Huhuhuhu..

Doc kata belah dalam lagi.. So dorang buat dalam lagi.. Tapi masih juga darah yang keluar.. Then dorang stop sebab yakin memang dah takde nanah.. 

Doc bagi ubat yang sama macam 2 bulan lepas.. Dan Ai minta ubat sapu sekali.. So dapat cuti sakit lagi.. Huhuhuhu..

Ma cakap jangan buat kerja rumah.. Rehat je.. Nanti bentan pula tempat sakit tu.. Sambil gelak Ai balas balik; "kalau bentan, boleh ambil MC lagi 1hari..".. Masa tu rasa sihat sangat.. Hahahaha.. Sebelah petang masa my sis datang rumah, badan Ai dah start panas.. So tidur awal la..


Nota Jari: Rasa esok nak MC lagi la.. Masih rasa sakit lagi.. Huhuhuhu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...