Tuesday, 29 May 2018

Biskut Raya Suji Viral

As'salam.. Kome buat apa hari ni??? Teman sibuk buat kuih dan biskut raya.. Hehehehe.. Tahun lepas takde mood buat biskut raya.. So dah setahun lebih tak guna oven..
My pren duk ajak beli biskut raya.. Dengan penuh yakin Ai jawab Ai nak buat sendiri.. So kena la manfaatkan cuti yang ada..

Ai jumpa resepi Biskut Raya Suji Viral ni dalam mukabuku.. Wah, guna 3 bahan je.. Wajib la mencuba..
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung jagung
5 sudu susu pekat
4 sudu buttercup
Hiasan bergantung pada seni masing-masing

Cara-caranya:

Gaulkan semua bahan tadi sampai jadi doh.. Panaskan oven 180° selama 10 minit.. Sambil-sambil boleh la bentukkan doh tadi.. Ai buat bulat-bulat je.. Pastu Ai letak manik hundred thousand.. Boleh juga kalau nak gantikan dengan cokelat emulco or ceri merah/hijau..
Pastu bakar selama 15-18 minit.. Dah sejuk boleh la simpan dalam bekas.. Anggaran dapat dalam 70 biji (saiz yang Ai buat)

Simple sangat, kan.. Ai buat dalam masa tak sampai 2 jam.. Dua kali bakar je.. Hehehehe..
Ni resepi asal.. Tapi masa Ai uli, tak boleh jadi doh.. So Ai tambah lagi sukatan susu dan buttercup.. Mungkin saiz sukatan berbeza.. Ai guna penyukat tupperware..

Ada versi lain juga untuk resepi ni, guna tepung gandum..

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan minyak sapi

So terpulang la korang nak pilih resepi yang mana.. Selamat mencuba..


Nota Jari: Kalau rajin nanti nak try buat guna tepung gandum pula.. Tapi Ai still nak guna buttercup..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...