Thursday, 12 April 2018

Jatuh Bangun

As'salam.. Minggu ni semua pakat kecoh pasal mengundi.. Ai pula cuma kecoh nak cuti je walaupun tak terlibat masa mengundi.. Sebab Ai masih lagi kena mengundi pos.. 
Ok, bukan nak story pasal mengundi.. Ai tak gemar politik.. Tak berminat langsung nak ambil tau.. Dari Ai budak lagi.. Sebab Ai tak suka orang bergaduh, maki memaki, cakap kasar dan menipu..

Errrmmmm.. Biasalah dalam hidup.. Ada jatuh, ada bangun.. Cuma kadang-kadang rasa hairan.. Kita tak kacau orang pun.. Tapi tetap ada orang yang tak puas hati dengan kita.. Adeeehhhh!!!

Ai memang jenis malas nak balas balik.. Sebab bagi Ai, Allah ada.. Biar Allah je yang balas setiap perbuatan buruk orang pada Ai.. Kerana tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah..

Hari ni, kali kedua Ai kena panggil ngadap boss.. Dua minggu lepas dah kena panggil ngadap boss.. Gara-gara ada orang tak puas hati dengan kerja Ai..

Tapi boss kata, boss percaya kat Ai.. Tengok dokumen yang Ai bawa, dia tau Ai tau apa kerja Ai.. Tadi dah terangkan, pengalaman kerja Ai sebelum-sebelum ni.. 

Ok, boss kata bukan seorang je yang datang komplen pasal Ai.. Ada la 4-5 orang yang komplen..  Tapi boss kata, kalau apa yang Ai buat tu untuk melancarkan lagi proses kewangan, patuh je la.. 

Ai memang tak gemar nak gaduh.. Ai lebih suka abaikan je anasir-anasir yang negatif.. Just looking for the positive side.. Barulah hidup sentiasa ceria.. 

Macam yang Ai pernah cakap kat RH.. Ai anggap semua orang baik, semua orang takut buat dosa, semua orang takut api neraka.. 

"Kenapa Ai anggap semua orang baik?? Sedangkan masa Rasulullah berdakwah pun, tak ramai yang boleh terima.. Lebih ramai yang menentang.. Tu zaman Rasulullah.. Zaman sekarang lagi la teruk.."

Tersentap Ai dengar.. Betul juga apa yang RH cakap tu.. Kenapa la Ai tak pernah terfikir macam tu?? Hehehehe.. Terima kasih sebab menyedarkan Ai.. 

Dan tahniah kepada RH sebab dapat nasihatkan Ai yang ketegaq ni.. Kali pertama ada orang boleh kalahkan idealogi Ai.. Selalu Ai diam bukan sebab Ai setuju apa yang orang cakap tapi sebab malas nak bertekak..


Nota Jari: RH really own my respect.. U're good adviser.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...