Saturday, 21 April 2018

I'm Fine

As'salam.. Errrmmmm.. Sebenarnya dah lama nak buat entry ni.. Baru hari ni, bersungguh-sungguh nak mencoret entry ni..
Minggu ini kita dikejutkan dengan berita cubaan bunuh diri di jambatan kedua penang.. Dan pagi tadi, dikejutkan pula dengan berita bunuh diri di prangin mall, penang..

Ai tak nak ulas tentang dosa pahala.. Ai tak nak ulas tentang berita tersebut.. Tapi Ai nak ulas pasal betapa tenatnya mental kita..

Kemurungan juga berkait rapat dengan mental illness.. Sejujurnya, dalam keturunan Ai memang ada mental disorders.. Dan along pemegang kad OKU mental disorders (shizophrenia).. Along bergantung sepenuhnya pada bekalan ubat penenang.. 
Adakah mental disorder ni boleh sembuh??

Menurut kata doc yang merawat along semasa di Hospital Bahagia Ulu Kinta; 

"Sebenarnya penyakit ni sama je macam penyakit darah tinggi.. Kita boleh rawat dengan ubat.. Dan boleh sembuh.. Tapi ramai yang sangat negatif bila berdepan dengan pesakit gila yang menyebabkan mereka bertambah tertekan.. Itu yang menyukarkan untuk pesakit untuk sembuh.. Sokongan family, rakan-rakan dan orang sekeliling sangat penting.."

Ai terdiam.. Dan mengiyakan apa yang doc katakan.. Terbayang di fikiran Ai pandangan negatif orang sekeliling apabila melihat orang gila.. Memandang pesakit dengan pandangan yang menghina.. Sedangkan mungkin mereka (orang gila) lebih mulia di sisi Allah daripada kita yang normal..

Errrmmm.. Adakalanya, kita tak sedar pun ada kawan-kawan or family kita yang mengalami depression.. Sebab bukan semua orang  yang mengalami depression menunjukkan tanda-tanda yang jelas.. 

Kalau tengok dari riak wajah Ai, tak seorang pun dapat meneka Ai dalam fasa kemurungan.. Sebab Ai jenis yang ceria dan sentiasa senyum.. Dan Ai jenis susah nak percaya pada orang.. Jadi Ai lebih selesa pendam sendiri.. Satu-satunya orang yang Ai percaya adalah my mom.. Tapi my mom dah takde..

Kalau perasan, Ai pernah tulis; 'kekadang stress sangat, rasa nak je makan ubat along tapi mujur ada kat rumah sendiri..'

Dan kalau ada yang perasan, entry sebelum ni Ai ada coretkan; 'betapa beratnya ujian yang Ai tanggung sampai Ai terfikir nak drive kereta laju-laju dan terjun jambatan..' 

Ye, Ai melalui saat kemurungan.. Dan sepanjang tempoh tu, Ai amat jarang mencoret..

Ai mudah mengesan perubahan seseorang.. Kerana kan Ai ada deria keenam iaitu empati.. Selain tu, Ai pernah berhadapan dengan along dan Ai sendiri depression.. Tapi Ai tak boleh bantu kalau orang tersebut taknak cerita or berkongsi masalah dengan Ai.. 

Sebenarnya meluahkan masalah yang dipendam dapat melapangkan fikiran.. Mengurangkan rasa serabut.. Menenangkan hati.. So belajarlah untuk luahkan tekanan anda..

Terutamanya kalau korang pernah terfikir untuk suicide.. Kepada yang tak tahu, di negara kita ada NGO yang sedia untuk menjadi pendengar kepada masalah korang.. Korang boleh call Befrienders dan ceritakan masalah korang..


Nota Jari: Ai teringin nak apply jadi volunteer befrienders tapi jauh sangat.. Kat penang dan ipoh takde buka untuk volunteer..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...