Saturday, 14 April 2018

Geng Membawang

As'salam.. Salam Israk dan Mikraj.. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah..
Saja nak story pasal geng membawang Ai.. Kalau perasan, sejak bertukar Ai takde story pasal opis baru Ai.. Sebab Ai tak target nak kerja lama kat sini.. Masa lapor diri pun, Ai dah bagi tau.. Ai nak keluar dari sini.. Hahahaha..

Sebenarnya, masa mula tukar sini Ai dah terbiasa jadi lone ranger masa kat opis lama.. So Ai tak bergaul sangat.. Dan lebih suka buat hal sendiri.. Lagi pula, ni 1st time Ai kerja dengan ramai lelaki.. Dalam pejabat, cuma Ai dan my pren KI je perempuan..

Ai mula joint kawan-kawan opis lepas Ai balik dari kursus bulan oktober 2017.. Ai kursus 2 minggu kat ipoh.. Dan 2 minggu la, Ai tak masuk opis.. Then masa cuti sekolah, student takde.. Jadinya rata-rata pembantu makmal dan juruteknik komputer akan tolong buat kerja pejabat.. Masa tu la, terwujudnya geng membawang..

My pren O dan SS jaga makmal sains, FT pula jaga makmal komputer.. Kami susah jumpa waktu kerja.. So guna wasap je la untuk membawang.. Kalau ada masa terluang baru kami pergi makan sama-sama.. Tujuan wasap geng membawang adalah untuk memberi sokongan dan membantu sekiranya ada yang stress kerja.. Tapi ahli kami cuma 5 orang.. hehehe..
Apa yang Ai respect tentang dorang adalah semangat setia kawan.. Setiap hari, mesti dorang akan sebut pasal arwah kawan dorang.. Nampak dorang sangat menyayangi arwah.. Rasanya tak pernah dalam sehari, dorang tak sebut pasal arwah.. Dari cerita dorang, Ai yakin arwah seorang yang baik..

Arwah meninggal mengejut pada hari jumaat.. Sedangkan pada hari khamis (sehari sebelum tu), arwah masih datang kerja.. Disebabkan kematian arwah mengejut, menyebabkan my pren O mendapat panic attact.. Kerana selalu risau akan meninggal secara tiba-tiba..
Satu perkara yang selalu Ai fikir.. Andainya suatu hari nanti Ai meninggal, ada ke orang yang akan sentiasa mengingati Ai?? Sebab Ai takde kawan rapat.. Ai dah terbiasa jadi lone ranger.. Ai tak suka cerita masalah pada orang.. Ai tak suka bergosip.. Ai tak suka nampak lemah.. Ai tak suka orang simpati pada Ai.. Ai tak suka bergantung pada orang.. Ai tak suka orang ambil kesempatan pada Ai..


Nota Jari: Harap ada orang yang sentiasa sayang dan terima Ai seadanya Ai.. Serta selalu kirimkan doa untuk Ai..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...