Wednesday, 18 April 2018

Check-Up 4 Tahun

As'salam.. Hari ni Ai balik half-day.. Kalau ikut kan, nak cuti je.. Ye la.. Kalau rajin sangat kerja, nanti tak habis pula cuti tahunan Ai.. Hahahaha.. Masih ada 20 hari..
Memang nak cuti hari ni.. Tapi disebabkan semangat nak membawang lebih tinggi, so gigih juga la datang kerja..

Sebenarnya tengah hari semalam dapat call dari klinik.. Katanya dah lama sangat tak bawa HK datang check-up.. Hehehe.. Last bawa check-up 1/12/2015.. Hahahaha.. So nurse suruh bawa HK check-up petang ni.. 

Lepas je letak phone, terus Ai menjerit.. "yeeeeaahhhh!!! Esok nak balik half-day.. Hahahaha.. Ada alasan nak balik awal.."

Terkejut my pren KI sebab tiba-tiba Ai menjerit.. Hahahaha.. 

Hari ni, Ai bawa HK pergi opis.. Balik nanti terus je singgah klinik.. Pagi ni aktiviti membawang tergendala.. Banyak baucer nak kena peraku.. So Ai kena berdiri kat tepi CC dan beri tunjuk ajar untuk buat perakuan.. Pastu bertungkus-lumus la, key-in pesanan tempatan dan bayaran.. Sebab nak balik awal..

Lepas makan lunch dan membawang dengan geng, Ai terus berangkat balik.. Bawa si bujang senang pergi klinik.. Sekali timbang berat.. Hhhaaaahhhh!! Ambil kauwww.. Separuh dari berat Ai..

Berat 21.2kg, tinggi 104cm.. BMI 19.3.. Hahahaha.. Dah masuk tahap obesiti..

Nampak je Ai dengan HK, nurse terus kata.. Dah nak sama besar dengan maknya.. Doc pula tanya, HK ikut ayah dia ke badan besar?? Ai jawab HM kurus je, HB pun kurus je.. Adeeehhh!!! 

"Tu la.. Umi dah kata kena diet, tak nak.. Lepas ni tak boleh makan.."

"Eehhh.. Jangan la sampai tak bagi makan.. Kesian dia.. Kena suruh dia exercise je.." hahaha.. Risau pula doc bila Ai kata tak nak bagi HK makan.. 

Asalnya doc nak suruh rujuk pada pakar bahagian pemakanan dan zat.. Lepas dengar Ai cakap macam tu, terus doc cancel.. Nanti bulan 7 pula kena bawa check-up.. Hope berat HK dah turun la masa tu..


Nota Jari: Takde maknanya HK nak diet.. Setiap kali makan kena sampai bunyi 'eerrrrkkkkk' baru nak berenti makan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...