Thursday, 19 April 2018

Anxiety Disorder

As'salam.. Tengah hari tadi masa tengah lunch dan membawang dengan my pren, Ai terima mesenger..
Kecelaruan Keresahan dalam bahasa melayu nya.. Tapi kita lebih familiar dengan istilah anxiety disorder.. Hehehe.. Sebenarnya Ai pun baru je tahu istilah ni.. 

Ok la.. Disebabkan adik ni minta tips, so Ai kongsikan la tips Ai menangani anxiety.. Harap dapat membantu kawan-kawan yang ada anxiety ni..

1. Kenal pasti punca
Mesti ada sesuatu yang sangat-sangat mengganggu fikiran kita.. Contohnya takut mati, takut sakit, takut takde duit dan lain-lain..

Macam Ai, ni kisah dulu-dulu kala.. Terlampau banyak yang Ai risaukan dalam 1 masa.. Sakit kepala yang teramat sangat.. Sampaikan Ai akan hantuk kepala kat tiang or ketuk-ketuk kepala untuk hilangkan rasa sakit..

Kadang-kadang sampai tak tau yang mana satu yang paling Ai risaukan.. Adeehhhh!!

2. Luahkan masalah
Kalau ada masalah, belajarlah untuk meluahkan.. Luahkan tidak semestinya minta orang tolong selesaikan masalah kita.. Tapi just untuk tenangkan hati..

3. Tempat meluahkan
Haaahhh.. Yang ni penting.. Nak luahkan kat tepi laut ke kat tepi telinga kawan ke?? Sebaik-baiknya carilah orang yang adil untuk dijadikan tempat meluahkan..

Pilihan Ai?? Ai pilih meluahkan atas sejadah.. Sebab Ai susah nak percaya orang.. Lagi pun Ai taknak ada apa-apa penilaian dibuat kepada orang yang terlibat dengan masalah Ai..

4. Solat Taubat
Bila rasa gelisah je, itu adalah amaran ataupun penggera yang menandakan kita perlu melakukan solat taubat.. Berapa kali nak buat?? Buatlah sampai hati betul-betul tenang..

5. Solat Tahajud
Kenapa kena solat tahajud?? Banyak kelebihan solat tahajud.. Salah satunya adalah dipermudahkan urusan kita.. Minta la apa yang kita nak, insya-Allah akan dimakbulkan.. 

6. Melazimi membaca Al-Quran beserta tafsirnya
Supaya hati tenang dan fikiran menjadi lapang.. Menginsafi diri melalui kisah-kisah perjuangan Rasulullah dan para nabi.. Percaya tak, sebenarnya tidak ada alunan yang lebih mendamaikan selain daripada qalam Allah..
7. Sentiasa berzikir
Ai tak bermaksud kata pesakit anxiety tak soleh.. Tapi apa yang Ai nak sampaikan.. Hati yang kosong mudah diganggu oleh bisikan S. Ingat, S tak boleh menyentuh kita secara fizikal.. Tapi S boleh menghasut fikiran kita dan mengganggu hati kita.. Menjadikan kita was-was, resah gelisah, risau..

8. Tawakal
Means yakin dan percaya, Allah tak pernah menzalimi kita.. Berserah diri.. Hidup dan mati hanya kepada Allah..

9. Redha
Means kita terima takdir kita dengan berlapang dada..

10. Sentiasa positif
Bersikap lah secara rasional.. Kenapa Allah uji kita?? Sebab kita hamba-Nya.. Untuk ukur tahap keimanan kita.. Kenapa rasa bersalah selepas buat dosa?? Itu tandanya kita masih ada iman.. Orang tidak ada iman, tidak akan rasa berdosa walaupun berulang kali melakukan dosa yang sama..

Setiap kali Ai risau, senyuman akan jadi tawar.. Dahi asyik nak berkerut.. Bawah mata rasa sembab.. Memang tak selesa sangat.. Then Ai tarik nafas dalam-dalam dan hembus, sambil bermonolog; "Ina, kenapa nak susah hati?? Tak yakin pada Allah ke?? Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.. Come on la Ina.. Awak fikir sampai pecah otak pun tetap tak kan jadi kalau Allah tak izinkan.. Ingat Ina, hanya Allah yang maha berkuasa.. So teruskanlah tersenyum pada takdir.. Allah tahu bila masa yang tepat untuk pelangi muncul.. Allah tak kan bebankan awak dengan sesuatu yang awak tak mampu.."

11. Menangis
Ok.. Ai memang ratu air mata.. Kalau Ai risau sesuatu, Ai memang terus menangis.. Tapi tiba-tiba apa yang Ai jangkakan betul-betul terjadi, Ai tak menangis.. Sebab Ai dah jangka dan Ai dah menangis awal-awal.. Hahaha

Cukupla kut 11 tips ni.. Dah ngantuk ni.. Cuma nasihat Ai.. Jangan sayang sesuatu secara berlebihan dan jangan risaukan sesuatu secara berlebihan.. Sebab Allah akan uji kita dengan perkara yang paling kita suka atau yang paling kita takutkan..


Nota Jari: Ini hanyalah perkongsian daripada pengalaman Ai.. Sorry kalau ianya tidak mengikut kajian sains dan perubatan..

2 comments:

  1. Asssalammualaikum Ai,

    Thank you for the good advice. Insyaallah i try to practice. May Allah bless you Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. Alhamdulillah.. Semoga cepat sembuh.. Aamiin..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...