Sunday, 25 March 2018

Waze: Be Nice To Me

As'salam.. Plan asal nak 2 malam je.. Ni dah terbabas jadi 3 malam.. Ok, hari ni memang betul-betul kena balik.. Esok HB dah sekolah.. So plan pukul 11am dah kena gerak balik.. HM nampak berat hati nak lepas kami balik.. Hukhukhuk.. Takpe, ada rezeki kami datang lagi, ye..
Waze anggarkan Ai akan sampai rumah pukul 2.36pm.. Woowww.. Awalnya.. Ok la, boleh rehat dan tidur.. Ai guna lebuhraya elite.. Masuk dari tol persiaran selatan..

HB dan HK ada masa nya berebut nak baring la, nak duduk la.. Ai suruh tidur.. Sebenarnya, Ai yang ngantuk.. Tak larat menguap.. Mata pun dah tak larat buka.. 

Asalnya nak teruskan perjalanan sampai ke rumah.. Nak hilangkan ngantuk, Ai pakai losyen.. Bagi ada aroma segar sikit.. Hahahaha.. Tak tau la kenapa, gatal boleh terbeli losyen.. Tak pernah hayat guna losyen.. Selalu beli, pastu bagi kat my sis.. Hehehehe..

Dah budak berdua tu pun sibuk nak pakai losyen juga.. Pastu buat senaman mulut makan mamee.. Tapi tetap tak hilang ngantuk.. Sudahnya buat keputusan, berhenti rehat dan tidur kat rtc gopeng.. Kami sampai rtc gopeng pukul 1.30pm..

Dapat la pejamkan mata dalam 30minit dalam kereta je.. Sebab HK sibuk nak pergi minum air kenduri.. Adeeehhhh.. Dia nampak ada khemah program fama.. Dia anggap ada kenduri..

Jadi la.. Dapat rehat sekejap pun.. Pergi solat, makan dan minum.. Pastu masuk mydin jap beli susu HK dan biskut anak-anak..
Pukul 4pm baru bergerak balik.. Waze anggarkan sampai rumah pukul 5.27pm.. Mula cadang nak exit kuala kangsar or taiping selatan.. Tapi ubah fikiran, exit kamunting je senang.. Caj tol RM40.. Masa pergi ritu dari tol kuala kangsar ke tol persiaran selatan, RM34.90..

Alhamdulillah.. Selamat pergi dan balik menggunakan waze.. Lepas ni boleh la travel lagi.. Hahahaha..


Nota Jari: Penat tak sempat rehat.. Esok dah kerja..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...