Wednesday, 21 March 2018

Wadai Kiping

As'salam.. Sejak kebelakangan ni, popular betul wadai kiping.. Bubur warisan banjar.. Masa mula-mula pindah sini, my pren O bila tau Ai berdarah banjar terus cerita pernah makan wadai kiping.. Tapi dia panggil bubur platelet.. Hahahaha..
Disebabkan esok dan lusa Ai nak bercuti, my pren ajak juga buat wadai kiping hari ni.. Katanya kalau buat masa Ai takde, dah tak jadi kuih banjar la sebab orang banjar nya takde.. Hahahaha..

Memandangkan kerja Ai dah siap dan musim cuti sekolah, so Ai penuhkan la juga hajat kawan-kawan.. Semangat bukan main SS nak tolong sukat tepung dan bahan-bahan lain.. Siap bancuhkan air kapur dengan sirap dan garam.. Pembantu makmal lah kata kan.. Errrmmm.. Sekali nya, SS main tuang je tepung tanpa sukat.. Adeeehhhh.. Jadinya penyukat yang Ai bawa tu sekadar hiasan je la.. Tak guna langsung pun..

Ai uli tepung, masuk kan air yang dah SS bancuh tadi sikit demi sikit.. SS rimas tengok, dituangnya semua terus.. Adeeehhh... Dah kena tambah tepung pula.. Nampak benar jenis tak sabar.. Hahahaha..
Bila time menggentil, my pren KI dan my pren O tolong Ai.. Kalau gentil sorang-sorang, tak tau la berapa lama baru nak siap.. Kami masak dalam rice cooker je, so tak boleh buat banyak la.. Walaupun tukang makannya ramai..
Pic masa Ai uli takde snap.. Ni pun tak sedar masa bila SS snap pic.. Sebab tu muka tak senyum.. Hahahaha.. Bila Ai suruh snap pic, katanya dah banyak snap.. Pastu dihantarnya dalam group..
Sorry pic dah siap masak takde yang snap.. Sebab masing-masing sibuk nak makan je.. Alhamdulillah, deme suka.. Ai tak makan pun.. Sebab Ai memang tak berapa gemar wadai kiping.. Ai buat pun sebab kawan-kawan nak makan.. Hehehehe.. Tapi Ai tapau sikit untuk bawa balik bagi ma rasa..

Ok, ni Ai share resepi yang asal.. Resepi Ai tak boleh guna sebab SS main taram je tuang tepung sesuka hati dia..


Nota Jari: Ai letak sirap sebab nak jadi kan macam platelet darah merah.. Dah deme panggil bubur platelet, kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...