Monday, 5 March 2018

The Mentalist

As'salam.. Wahhhh!!!!  Tahniah untuk diri sendiri.. Mood mencoret masih berada atas landasan.. Hahahaha..
Eerrrmmmm.. Adakalanya hari rasa suram sangat.. Ada sesuatu membuatkan Ai rasa seolah-olah berada dalam ruang yang sempit.. Rasa sedih tapi tak boleh menangis.. Bukan sengaja menahan air mata.. Tapi tak jumpa kat mana kepala paipnya.. Hahahaha.. Boleh cenggitu??

Kadang-kadang bila rasa kusut dan serabut sangat, Ai lebih memilih untuk menyendiri.. Pendamkan masalah sendirian.. Kalau korang baca entry yang terdahulu, paman nasihatkan Ai supaya belajar luahkan apa yang Ai rasa.. Jangan pendam nanti Ai yang sakit..

Ai lebih suka pendam kalau masalah tu melibatkan orang lain.. Sebab Ai tak nak nanti ada yang membuat penilaian atau menjatuhkan hukum pada orang terlibat tu.. 

Dan dalam masa bersendiri, Ai akan banyak muhasabah diri.. Mencari negatif dan positif, nya.. Mencari rasionalnya.. Supaya akal bertindak membuat keputusan dan tidak terbawa-bawa oleh emosi..

Bila dah stabil, baru Ai boleh bercerita.. Itu pun pada teman yang Ai yakin tidak akan menambah keruh keadaan.. 

Ai sedih.. Tapi kenapa Ai tak boleh menangis?? Kenapa air mata tak nak keluar?? Soalan yang selalu berlegar-legar dalam minda Ai..

"Sayang dah jangka akan jadi macam ni, kan.. Sayang dah bersedia.. Sebab tu sayang sedih tapi tak boleh menangis.. Sebab masa sayang jangka benda ni akan terjadi, sayang dah puas menangis.."

Kata-kata HM menyebabkan Ai tergamam.. Tentulah ada kebenaran dalam ungkapannya, dia dah lama bersama dengan Ai.. Tentu dah faham sangat perangai Ai.. My sis pun kata perkara yang sama..

Wooowwww!!! Tiba-tiba Ai rasa macam ada super power psychic pula.. Coz Ai can predict what will happen in the future.. Hahahaha.. 
Tak de lah.. Sebenarnya, Ai bukan ada kuasa untuk meramal masa depan.. Cuma macam cerita The Mentalist je.. Kalau korang tengok cerita tu, tentu korang faham.. Hahahaha..

Memang la Ai tak study bidang psikologi.. Tapi Ai sangat minat psikologi.. So Ai boleh faham apa yang cuba disampaikan dengan mentafsir perkataan dan perbuatan.. Dalam bahasa mudahnya, ESP (Extra-Sensory Perception) iaitu empathic atau empati.. Membolehkan Ai untuk mengesan emosi orang lain dan merasainya sendiri..

Setiap perkataan dan perbuatan korang akan diproses dan disimpan.. Data-data baru akan diproses dan dipadankan dengan data-data lama.. Kalau ada percanggahan antara data lama dengan yang baru, Ai boleh kesan korang menipu.. So korang memang tak boleh tipu Ai.. Hahahaha..

Dan walaupun Ai nampak jenis yang ambil mudah semua perkara tapi sebenarnya Ai seorang yang sangat teliti.. Ai boleh baca sikap korang.. Just untuk protect diri Ai je supaya bersedia, bukan untuk ungkit-ungkit.. Sebab tu Ai susah nak percaya orang.. Means bila Ai pilih untuk percaya seseorang, Ai juga dah bersedia untuk sebarang kemungkinan.. 

Macam yang Ai tulis sebelum ni.. Ai jenis yang berfikir dari pelbagai sudut.. Orang akan nampak Ai ego tak boleh terima pandangan.. Sebenarnya, Ai boleh terima pandangan korang kalau korang boleh cakap sesuatu yang belum Ai fikirkan.. Yessss!!! U will own my respect..



Nota Jari: Lepas ni, mesti korang takut nak kawan dengan Ai, kan.. Hahahahaha..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...