Sunday, 4 March 2018

Servis Review Produk

As'salam.. Hari ni rajin pula godek-godek blog.. Asalnya buka email sebab tengok ada offer part-time jobs buat blog.. Bayaran RM1,000-RM1,500 sebulan.. Tapi masalahnya nak kena tulis dalam 3 bahasa.. Hahahaha.. Ai dah lama cuma pandai bahasa key-el je.. Bahasa banjar pun rakai.. Bahasa jawa langsung tak pandai walau pun bapa orang jawa.. Weeeekkkk!!!
Eerrrmmm.. Ai dah lama tanam niat nak update affiliate.. So hari ni, cari dan ganti promosi terkini lazada.. Pasang nuffnang yang berkurun Ai tak usik.. Mungkin korang tak perasan, sebenarnya tahun lepas Ai tukar template.. So setting nuffnang dah hilang.. Disebabkan malas nak edit koding html dan tak nak sakit kepala nak cari tempat letaknya, so Ai biarkan je dulu..
Haaaahhhh, hari ni bukan setakat edit html je.. Siap tambah affiliate lagi.. Cuma google adsense je tak lulus.. Coz sebelum ni banyak sangat viewer dari israel.. Dorang ingat Ai perisik ke apa?? Hukhukhuk.. Tadi dah hantar rayuan supaya team google buka sekatan tu.. 

Punya lama tak update, siap ada affiliate yang Ai dah tak ingat user ID.. Hahahaha.. Income masih sendu la, sebab traffic blog pun sendu.. Mana tak nya, tuan blog sendiri pun jarang menjengah blog..
Then Ai try cari part-time jobs.. Saja boring.. Terjumpa dengan gigagigs.. Ok la.. Dah minat menulis, kan.. Try test bakat la.. 3 review dibayar 60 sen.. Kena buat 3 review produk dalam masa 1 jam.. Kalau tak cukup 3 review, bayaran 30 sen.. Hehehehe..

Ok, punya panjang mukadimahnya.. Intipatinya cuma nak bagi tau.. Kepada korang yang tercari-cari blogger untuk buat review produk, Ai pun buat review produk.. Jangan segan silu, tak perlu malu-malu untuk contact Ai.. Kita deal win-win situation.. 


Nota Jari: 019-3201012.. Wasap pun boleh, telegram pun ok...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...