Saturday, 24 March 2018

Bonding Time: Konsert Didi and Friends

As'salam.. Ai plan nak bawa HK tengok wayang Didi & Friends as hadiah hari jadi dia (10 Mac yang lepas).. HK minta belikan jam.. Memang nak belikan tapi tunggu dia sekolah dulu.. Masa HB dulu, Ai belikan jam masa dia umur 5 tahun.. Sampai sekarang masih elok jam nya, cuma calar je..

Day 1

So lepas solat jumaat, kami mencari pawagam.. Saja nak try shopping complex yang baru, IOI Mall Serdang.. Guna waze, tapi asyik salah masuk jalan.. Sesat juga la.. Hahahaha.. Alhamdulillah, sampai juga.. Tapi frust takde cerita Didi & Friends.. 
Pujuk HK, ajak makan aiskrim sambil tengok orang main ice skating.. Dah puas makan aiskrim, sambung jalan-jalan lagi.. 
Terjumpa pula mee tarik.. Disebabkan bulan Januari ritu tak dapat makan mee tarik.. So kali ni, puas hati dapat makan mee tarik warisan asli.. 
Order satu mangkuk je.. Then minta mangkuk kosong.. Banyak betul mee nya.. Kami kongsi makan 4 beranak.. Hahahaha.. Mangkuk kecil tu, HK punya.. Habis dia makan.. Mangkuk besar tapi isi sikit tu, Ai punya.. Tak habis, Ai bagi kat HK.. Mangkuk yang lagi satu, HB kongsi dengan HM.. Pastu sebelum bayar, HM order bungkus mee tarik goreng untuk MIL..

Balik tu, singgah B.B. Bangi jap.. Rumah pengasuh lama HB.. Masa HB umur 2 tahun.. Lama betul tak jumpa.. Sekarang HB dah 10 tahun.. Memang HB tak ingat la..

Day 2

Hari ni, nak pergi alamanda je.. Nak cari kordial kat aeon big, murah katanya.. Sambil-sambil tu, pergi tengok list cerita kat pawagam.. Eehhhh!! Ada la pula cerita Didi & Friends.. Yang pukul 11.30am dah penuh.. So kami ambil yang pukul 1.20pm.. 
Sementara nak tunggu pukul 1.20pm, snap pic dengan patung Didi & Friends.. Makan dan minum.. Pastu jalan-jalan la dulu dalam aeon big.. Tapi kordial yang my pren nak, dah habis..
Masa mula-mula wayang ditayang, HK senyap je.. Ai dan HM pula yang beriya nyanyi ikut Didi.. Hahahaha.. Ai risau HK bosan je.. Satu jam pertama tu, semua budak-budak behave je.. Masuk jam kedua, ada sorang budak yang seat kat depan sekali sebelah kanan pawagam mula berdiri dan menari..
So Ai lepas HK untuk joint sekali.. Then makin ramai budak-budak yang berdiri dan menari kat bahagian depan pawagam.. Memang berbaloi la tengok.. Bukan anak-anak je seronok.. Parents pun happy ikut nyanyi sama-sama dengan anak-anak..
Dah habis wayang, jom la kita balik.. Errrmmm.. Disebabkan tak nak drive balik perak sampai malam, Ai sambung la tidur kat rumah SIL untuk satu malam lagi.. Esok pagi la baru balik bagan serai..



Nota Jari: Lega tengok anak-anak dapat luangkan masa dengan abi nya.. Tak tau bila pula boleh datang lagi.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...