Thursday, 1 February 2018

Peluang Kedua...

As'salam.. Ok, mood mencoret masih berada di atas landasan.. Hehehehe.. Kali ni nak share pengalaman diberi peluang kedua..

Bukan semua orang diberi kesempatan untuk melalui pengalaman hampir mati.. Dan tidak semua orang berpeluang mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku.. Hukhukhuk.. Jap.. Rasa sebak.. Alhamdulillah.. Syukur, Allah masih beri kesempatan untuk Ai hidup dan beribadah mengumpul 'bekalan'..

Coretan ni ditulis kerana ada teman yang bertanya; "kenapa Ai jadi terlalu penyabar.. Kalau dulu Ai jenis yang melawan??".. Ada teman yang lain pula bertanya; "apa yang Ai lalui semasa koma satu minggu dalam ICU?? Ada tengok seksaan untuk pendosa, ke??".. Ai termanggu.. Terkesima dengan persoalan yang diajukan oleh teman-teman Ai.. 
Ai sebenar seorang yang sangat teliti.. Apa sahaja yang Ai nak buat, Ai akan rancang dan fikir dari pelbagai sudut.. Menyebabkan Ai overthinking dan selalu sakit kepala.. Bertambah sakit kepala bila yang dirancang tak berlaku seperti yang diharapkan.. Hampir terlupa sehebat mana pun Ai merancang, Allah sebaik-baik perancang..

Raya Aidilfitri 2008, 4 hari sebelum ulang tahun kelahiran Ai yang ke-26, merupakan titik tolak perubahan pada diri Ai.. Ai dimasukkan ke ICU kerana tak sedarkan diri dan terdapat darah beku pada bahagian belakang otak.. Ai ditidurkan untuk menstabilkan keadaan Ai.. Tapi gempar 1 kampung mengatakan; "Ina koma lepas bersalin.. Kena masuk ICU..".. Gara-gara my mom buat kenduri doa selamat baca yassin untuk Ai.. Asalnya bapa menentang arwah mak nak buat bacaan yassin untuk Ai.. Bapa berat hati nak melepaskan Ai 'pergi'.. 

Ai dah berhari-hari tak sedar.. Masih ditidurkan (koma).. Adakalanya, Ai akan tersedar tapi Ai tak boleh buka mata mahu pun menggerakkan anggota badan Ai.. Ai berada di dalam ruang yang kosong.. Seperti sedang memandang pada kain kanvas putih.. Persoalan yang bermain di minda Ai pada masa tu;

"Ya Allah.. Di manakah aku?? Aku dah mati, ke?? Mana semua orang??

Ya Allah.. Aku tahu, aku banyak buat dosa.. Ampunkanlah dosa-dosaku.. Aku tahu aku bukan isteri yang baik, aku bukan anak yang baik, aku bukan adik yang baik, aku bukan kakak yang baik, aku bukan menantu yang baik, aku bukan kawan yang baik..

Ya Allah.. Aku masih belum sempat memohon maaf daripada semua orang.. Aku tak nak mati dalam keadaan dibenci oleh orang kerana salahku pada mereka..

Ya Allah.. Berilah peluang padaku untuk bertaubat pada-Mu.. Berilah aku peluang untuk mohon maaf daripada suamiku, ibu bapaku, adik beradik ku.. Berilah aku peluang untuk berubah..

Ya Allah.. Aku berjanji akan menjadi hamba yang taat kepada-Mu, isteri yang taat, baik pada ibu bapa ku, adik beradik ku, kawan-kawan ku, serta orang di sekeliling ku.. Aku tak nak buat jahat dah.. Aku nak jadi baik pada semua orang.. 

Aminnnn...."

Disebabkan tu, lepas Ai sedar dari koma, Ai mula berubah.. Ai tak nak kehilangan orang-orang yang menyayangi Ai.. Masa Ai sakit, baru Ai sedar siapa yang betul-betul sayangkan Ai.. Sekarang ni target Ai cuma nak kumpul bekalan untuk ke 'sana'.. Ai tak nak bermusuh dengan sesiapa.. Ai tak nak menyakiti sesiapa.. Padang masyar terlalu luas, tak mungkin Ai dapat cari seorang per seorang untuk minta maaf.. Dan Ai sentiasa memaafkan dan tidak berdendam dengan orang..


Nota Jari: Maaf.. Coretan ni mungkin tak details.. Sebab bahagian belakang otak Ai akan berdenyut sakit setiap kali Ai cuba ingat apa yang Ai lalui semasa koma.. Dan rasa sebak sangat sambil mencoret entry ni..

2 comments:

  1. akhirnya kakak kmbali aktif mencoret... coretan yang bagus utk dibaca. tq ya atas coretan ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...