Tuesday, 27 February 2018

Cuti Sakit, Cari Penyakit..

As'salam.. Errrmmmm.. Tiba-tiba rasa nak mencoret.. Tak tau la, bila tiba masanya mood akan tergelincir lagi dari landasan..
Malas guna GL, bayar je la..
Ok, sejak hujung bulan lepas Ai takde selera makan.. Rasa lapar tapi tak boleh nak telan makanan..

Awal tahun lepas jadi juga macam ni.. Errrmmm.. Biasanya sebab terlampau stress or terlalu risau kan sesuatu.. Tahun lepas, siap pakej demam panas, batuk, selsema dan cirit birit.. 3 hari Ai EL sebab tak larat nak bangun pergi klinik.. Kalau tak, mesti dapat cuti sakit..

Baik, sambung semula.. Ai dah sebulan takde selera makan, badan pun jadi lemah semacam je.. Makan sehari sekali je, tu pun jenuh paksa telan.. Tengok apa pun takde nafsu nak makan..

Semalam perut start kembung dari pagi.. Mana taknya, pagi hari ahad jamah nasi sikit je masa sarapan kat rumah my dad.. Lepas tu 1 hari Ai tak makan apa-apa.. Masak untuk anak-anak makan.. Ai tak sentuh langsung.. Malamnya, tak boleh tidur.. Jelouse tengok HK tidur lena.. Seronok jadi budak-budak, tak perlu fikir apa-apa..

Mula la terfikir nak makan ubat along.. Mujur kat rumah sendiri.. Kalau kat rumah bapa, harus juga Ai telan ubat along.. Hahahahaha..

So semalam disebabkan memang dari pagi Ai tak sihat, my pren dah sedia maklum la Ai lesu je.. Dari pagi kembung perut dan cirit birit.. Dah puas sapu minyak iv mist dan rehat, tapi tetap tak kurang.. So my pren minta kebenaran untuk Ai balik awal.. Takde la awal sangat, pukul 4 petang dah masa tu.. Kira first time, Ai sampai rumah pukul 5.15 petang.. Hahahaha..
Nurse kata; "maknya kurus je, anaknya bulat.."
Malamnya tidur awal.. Rasa tak sihat sangat.. Si HK pula tidur meracau-racau.. Badan panas.. Bangun pagi dah mula selsema dan batuk-batuk.. So Ai decide pergi klinik memandangkan Ai pun tak sihat.. Kalau tak dapat mc, kena ambil cuti rehat la jawabnya..
Doc kata Ai kena gastrik.. Wooowwww.. Tak ingat bila kali terakhir kena gastrik.. Doc kata kena pantang makan benda berminyak.. Ai cakap, Ai memang tak makan benda berlemak dan berminyak.. Then doc kata, tak boleh makan pedas juga.. Ai memang tak makan pedas sebab nanti jadi gas macam minum air gas.. So lepas doc dah puas hati, doc periksa HK pula.. 
So Ai dapat ubat gastrik dan cirit-birit.. HK pula dapat ubat batuk.. Yang paling penting, Ai dapat cuti sakit.. Hehehehe.. Tapi 1 hari je.. Esok kena la kerja macam biasa.. 


Nota Jari: Mujur doc bagi ubat gastrik jenis kunyah.. Kalau yang air kapur tu, konpem Ai tak minum..

1 comment:

  1. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

    Dear Sir/Madam,

    I am Mohd Nuruddin from PMB Investment.

    As some of you may notice about PMB Investment as the best unit trust in Malaysia after reading The Edge, please allow us to share with you on how can you grow and maximize your EPF account 1. The question of why you should seriously consider PMB Investment as your investment destination can be summarized as follows;

    1) Governance Structure = PMB Investment is owned by government through Pelaburan MARA and MARA is the government agency under Ministry of Rural Development

    2) PMB Investment only offers shariah compliance funds. Thus, PMB Investment is recognized as Islamic Fund Management Company (IFMC) by Security Commission

    3) The best fund performance for 5 years with a total return of more than 100% (source: Lipper Fund Table which is published by The Edge under the category of Islamic Equity Fund)

    In addition, please find the attached files for further information.

    Videos about PMB Investment can be followed as follows;
    1) Website: http://www.pmbinvest.com.my/#!div3
    2) You tube: https://www.youtube.com/watch?v=PbDL0_un1M4&t=40s & https://www.youtube.com/watch?v=PPpqDwZSmCg

    To further proceed and since it is tied up under the procedure of the EPF Investment Scheme, you can check your current balance of your EPF account 1 so that we can provide a better advise and suggestion for your investment including preparing a copy of your IC, insya-allah.

    I look forward to meeting you at your good office, please advice on your availability. Alternatively, I can be reached at 010 916 5291 including via the whatsapp.

    Thank you. Wassalam.


    Regards,
    Mohd Nuruddin
    PMB Investment
    Mobile: 010 916 5291

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...