Si Kenari Silver

As'salam.. Errrmmm.. Mungkin mood tahun baru, so tuan blog rajin pula nak update blog.. Hahaha.. Kome jangan la pelik.. Hari ni nak story pasal kesayangan Ai si kenari silver.. Sejak bulan oktober 2017, kerap sangat meragamnya.. Huhuhuhu...
Punyalah Ai berkobar-kobar nak pergi kerja.. Almaklum la, dah 2 minggu tak masuk opis sebab kursus kewangan di Ipoh.. Sebelum subuh masakkan nasi dan rebus kan telur siap-siap untuk HB makan.. Cuti sekolah HB duduk rumah je..

Lepas hantar HK ke rumah pengasuh yang tak sampai 10 langkah, Ai terus masuk kereta.. Dan hidupkan enjin.. 3 kali cuba tetap tak boleh, keluar asap.. Ai dah panik.. Ai tarik tuil bonet, capai beg dan keluar.. Nak buka bonet pun jenuh fikir macamna?? Hahahaha.. Nampak sangat tak pernah berkasih sayang dengan kenari..

Pastu wasap kat CC bagi tahu terpaksa EL.. Post dalam mukabuku.. Pak Teh (adik arwah mak) komen kata mungkin air kering.. Ok, so tau la apa masalah nya.. Cuma Ai tak tau yang mana satu tangki air nya?? Dan yang kelakar nya.. Kunci tertinggal dalam kereta.. So dua kali menung la.. Tunggu my sis datang bawa kunci spare.. Mujur ada letak kunci spare kat rumah my sis.. Dah jumpa tangki air, so isi la air.. Memang kering langsung.. Sian kenari, mesti dahaga sangat coz lama Ai tak bagi minum.. Lepas tu terus boleh start enjin..
Then bulan november 2017, sekali lagi kenari meragam.. Kali ni, kat stesen petron simpang taiping.. Lepas isi minyak, terus tak boleh start enjin.. Dalam duk panic, datang seorang lelaki india minta Ai tumpangkan anak dia ke sekolah.. Kalau tak boleh tumpangkan, dia minta Ai bagi dia RM12 untuk dia isi minyak motor dan belanja sekolah anak dia.. Huhuhuhu..

Ai cakap kereta tak boleh start, beriya dia tolong.. Buat jumper kat kereta sebelah sampai rosak jumper Ai.. Tapi tetap tak boleh start.. Pastu minta Ai bayar dia RM24.. Selagi tak bagi, dia dan 3 orang anaknya duk tunggu depan Ai.. So Ai bagi la RM20..

Tak lama lepas tu, bapa datang bersama along.. Bapa cuba buat jumper, walaupun Ai cakap india tadi dah buat tapi tak boleh hidup enjin juga.. Sekali bapa buat jumper, boleh pula hidup enjin.. Huhuhuhu.. Rasa sedih coz kena tipu bulat-bulat dengan india tu.. Dah hidup enjin terus pergi cari kedai spare part.. Beli bateri kereta yang baru.. So masuk opis lambat la sikit..
Kejadian terbaru, 3hari masuk tahun baru on the way pergi kerja.. Ai singgah isi minyak di caltex simpang 4, semanggol.. Dekat dengan kawasan rumah bapa.. In case jadi apa-apa, bapa boleh datang segera.. Seperti yang dijangka lepas isi minyak, enjin tak boleh start.. Bapa datang ambil Ai bawa balik rumah bapa.. Petang baru minta atam ambil Ai kat rumah bapa untuk balik ke rumah Ai..
Bapa dan along uruskan hantar kenari ke bengkel.. So terpaksa la Ai pergi kerja ride ego solariz sementara kenari masuk wad.. Dua hari berturut-turut kena hujan.. Hidung pun mula la selsema..
Selama ni tak pernah terniat nak jual kenari.. Tapi sejak asyik meragam ni, rasa dah masa nya Ai ambil kereta lain.. Sebenarnya Ai minat kenari dan harap ada model kenari yang baru.. Tapi nampak gayanya macam takde harapan je.. 


Nota Jari: Sayang nak jual tapi geram asyik meragam je..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...