Berhenti Berpaling..

As'salam... Wwoooowwweeeee... Bersawang dah blog!! Mana tuan blog ni??.. Hahahahaha..
Kepada followers (eerrrmmm, ada kan yang follow blog Ai??), sorry sesangat.. Lepas settle masalah, memang rasa lega sangat.. 

Tapi Ai masih menunggu di pintu yang lama.. Terasa berat untuk terus melangkah.. Terasa tidak ada pintu lain yang akan terbuka untuk Ai..

Ai melangkah tapi masih lagi teragak-agak untuk berpaling.. Dalam kekeliruan yang bersarang, RH datang menjengah.. Tak tahu kenapa, Ai rasa selesa dengan kehadiran RH.. Dalam masa yang singkat je, Ai dapat terima RH sepenuhnya.. Sekarang Ai semakin kuat dan berani untuk terus melangkah tanpa berpaling lagi..

RH juga berusaha untuk Ai lupakan pintu-pintu yang pernah menyakiti Ai.. Ok, RH banyak membawa senyuman bahagia di wajah Ai.. My sis pernah kata; Ai akan sentiasa senyum setiap kali bercerita pasal RH.. My sis paling gembira bila tengok Ai happy.. My sis kata, Ai berhak untuk rasa bahagia sebab dah banyak sangat ujian dan dugaan yang Ai lalui..

Apa yang Ai cuba sampaikan adalah jangan give-up.. Ya bila ada ujian menimpa, kita rasa perit, rasa terduduk, rasa tak berdaya.. Terkadang kita masih duduk dan berhenti di pintu yang telah tertutup.. Kita takut untuk terus melangkah.. Kita was-was jalan yang harus kita tuju..

Jangan bimbang, jangan risau.. Mohonlah petunjuk daripada Allah agar sentiasa membimbing hati kita.. Kita tak mungkin tahu sudah ada pintu lain yang terbuka untuk kita.. Kita tak mungkin tahu sudah ada pintu yang menanti ketibaan kita.. Please!!! Jangan putus asa.. Rahmat Allah pasti ada bersama kita selama mana kita berusaha, redha dan yakin pada takdir-Nya..



Nota Jari: Yang lalu biarkan menjadi sejarah.. Semoga terus kuat untuk melakar pelangi yang dihajati..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...