Friday, 15 September 2017

Tahajud Cinta

Malam ni Ai nak story pasal tahajud.. Sorry kalau ada yang kurang senang.. Kisahnya bermula pada tahun 2015, pada musim haji.. Ada jemaah negara kita terkorban dalam nahas runtuhan kren.. Salah seorangnya wanita.. Diamati amalannya, beliau sering mengamalkan tahajud.. Pada masa tu, Ai rasa sangat kagum.. Hebatnya beliau boleh bangun tahajud.. Sedangkan Ai, tak mampu nak buat..


Kemudian, Ai ada terbaca afdal buat solat sunat 2 rakaat sebelum subuh.. Disebabkan Ai memang mandi sebelum subuh, so memang sempat la buat solat sunat sebelum subuh.. Tapi Ai masih rasa tak puas..

Kemudian, Ai mula menggali ilmu tentang cara solat tahajud dan waktu yang sesuai dilakukan.. Ai beli buku dan tanya pakcik google.. So baru Ai mula faham.. Solat sunat sebelum subuh yang dimaksudkan adalah tahajud.. 

Sejak mengamalkan tahajud, hati Ai lebih tenang.. Setiap kali lepas tahajud, Ai buat solat witir 1 rakaat.. Kemudian mengaji al-quran untuk sedekah pahala kepada arwah mak.. Masuk subuh, terus solat subuh dan bersiap untuk pergi kerja..

Setelah setahun mengamalkan tahajud, Ai ternampak video ceramah mengenai rahsia tahajud.. (tak ingat page apa yang share.. Ni Ai ambil dari youtube).. Video ni sebagai hadiah untuk Ai sebab masa tu, Ai betul-betul dalam masalah.. Bertimpa-timpa.. Memang rasa tak tertanggung di jiwa.. Bila tengok video ni, hati kembali tenang.. 

Dalam masa yang sama Ai terus berdoa.. Benarlah doa orang yang teraniaya tiada hijab.. Allah permudahkan urusan Ai seperti yang Ai harapkan.. 

Ai ada bercerita pada KN tentang ceramah ni.. Sengaja Ai cerita pada KN sebab Ai tahu KN selalu bangun awal pagi.. Mendengar cerita Ai, terus KN kata dia pun nak start amalkan tahajud.. Alhamdulillah..


Nota Jari: Semoga Ai terus ishtiqomah.. Ada ketenangan dalam Tahajud Cinta..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...