Friday, 8 September 2017

Perancang Keluarga

As'salam.. Hari ni terbaca luahan perasaan seorang ibu tentang perancang keluarga di page Info Ibu Hamil (IIH).. Pada pendapat Ai, dah nama pun perancang keluarga, means kena lah ada kerjasama suami isteri.. Tak boleh la fikir seronok sendiri je.. Kena fikir juga isteri tu trauma ke tak??
Terus terang, lepas bersalin HB, Ai jadi trauma sangat.. Sebelum keluar hospital, doc cadangkan Ai guna IUD bermaksud ‘Intra Uterine Device’, atau juga digelar ‘Intra Uterine Contraceptive Device’ (IUCD) Atau dalam Bahasa Melayu dipanggil sebagai Alat Dalam Rahim (ADR)..

Dengan pengalaman bersalin yang dilalui menyebabkan Ai terlalu trauma.. Boleh baca Bagaikan Mati Hidup Semula.. Sokongan suami amat diperlukan pada waktu-waktu macam ni.. Bukan setakat sokongan, perlu tolak ansur dan memahami masalah isteri.. 

Dalam waktu trauma, memang cakap lah apa pun.. Tak kan hadam nya.. Keluarkan segala hadis, tetap juga tak kan jalan.. So macam mana nak atasi masalah trauma isteri???

Cuba selami punca isteri trauma.. Adakah sebab suami yang lepas tangan?? Masa berhajat, isteri dipujuk dirayu.. Semasa isteri sakit, isteri dibiar sendirian.. 

Ai bernasib baik, kerana HM jenis yang memahami.. Ai tau mesti sukar bagi dia.. Tapi dia tak pernah memaksa Ai.. Dia tau Ai terlalu trauma.. Sehinggakan setiap kali lambat ABC je, mesti Ai salahkan dia.. Walhal Ai dah guna iucd.. Lama juga baru Ai hilang trauma.. Rasanya dekat 4 tahun juga la.. 

Masa tu, kalau orang tanya; tak nak tambah anak ke?? Ai mesti terus down.. Rasa takut sangat-sangat.. Terbayang-bayang keadaan masa Ai koma (ditidurkan dalam icu).. Rasa gelap, kosong.. Hilang dari dunia nyata.. Ai memang takde memori dari lepas bersalin HB sampai Ai sedar sebelum keluar dari icu.. Macam hilang ingatan la.. 

Jadi Ai amat-amat faham apa yang si ibu tu luahkan.. Ai harap sangat pada lelaki yang bergelar suami, tolong lah faham.. Fizikal dan mental setiap wanita tak sama.. Tolonglah berbincang mengenai jarak kehamilan.. Pastikan isteri betul bersedia.. 

Macam Ai dulu, tetiba je 1 hari tu Ai bawa balik set bottle susu tupperware.. HM kata; "membazir beli, HB dah 4 tahun.. Dah kena ajar minum susu guna cawan..".. Ai dengan selamber jawab; "simpan je.. Bukan untuk HB..".. "habis tu untuk siapa??; soal HM.. "untuk adik HB..".. Ringkas je jawapan Ai.. So lepas tu baru plan bila nak buka iucd..

Buka iucd bulan januari 2013.. Last ABC jun 2013.. Ambil masa juga la.. Sebab kami jarang jumpa walaupun duduk serumah.. HM masa tu duty istana.. So seminggu kat rumah, seminggu kat istana.. Alhamdulillah, dapat juga adik HB.. Hahahaha..

So jarak HB dan HK, 6 tahun.. Oh, lupa nak bagi tau.. Ai pasang iucd yang pertama kat Klinik Rakyat, penang.. Mahal juga la charge nya.. Ambil yang 10 tahun punya.. Trauma punya pasal.. Huhuhuhu.. Masa buka iucd kat RSAT Kem Sungai Besi je.. Free of charge.. Lepas bersalin HK pun Ai pilih guna iucd.. Kali ni pasang kat LPPKN, penang.. LPPKN takde yang 10 tahun, so pasang yang 3 tahun je.. Selepas 3 tahun buka kat klinik kesihatan bagan serai je.. Pun free of charge..



Nota Jari: Kut iya pun isteri tu ibarat ladang, suami kena la jadi petani moden.. Kaji ladang tu betul-betul.. Barulah membuahkan hasil..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...