Hampir Karam...

Sebelum nak mulakan coretan, Ai nak minta maaf kepada yang membaca coretan ni.. Kalau ada yang tak elok, abaikan.. Ambil yang elok je untuk jadikan pengajaran.. Maaf juga, Ai tak dapat nak story selengkapnya.. Terpaksa hiden juga..
Dalam entry Ai yang terdahulu, Ai ada kata nak story bila keadaan dah reda.. Ok, ni Ai kotakan janji..

Biasalah, manusia mana yang takde masalah, kan.. Ai anggap tu ujian Allah.. Memang la stress, tapi masih boleh bertahan demi HB dan HK.. Then bulan 4, masalah memuncak.. Ibarat kata dah jatuh ditimpa tangga.. Masalah sedia ada masih tak selesai.. Allah uji pula dengan masalah lain.. Stress.. Sesungguhnya Ai sangat stress.. Asal lepas solat je mesti berdoa sambil menangis..

Ai jenis tak pandai cerita masalah pada orang.. Ai jenis pendam je.. Pernah sorang pegawai cakap pada Ai, Ai perlu cari seseorang untuk dengar masalah Ai.. Tapi Ai tak rapat dengan pegawai tu, tak kan nak story kat dia.. Then KG pula perasaan Ai jenis pendam.. KG pandai tackle Ai untuk bercerita.. Lama kelamaan, Ai percaya dia boleh jadi pendengar yang baik..

Dengan KN pun macam tu.. Pada mulanya, Ai masih berahsia dengan KN.. Tapi suatu hari Ai terlepas cakap.. Terus KN faham masalah sebenar Ai..

Pada bulan April 2017, terlalu berat ujian yang menimpa.. Sampaikan Ai menangis masa masuk bilik paman.. Paman tanya Ai marah paman ke??? Takde lah.. Takde langsung rasa marah pada paman.. Cuma Ai frust dengan apa yang terjadi pada hari itu..

Masa berbual dengan KN pun, Ai rasa sebak.. Tapi still cakap sambil senyum.. KN nasihatkan Ai supaya banyak berdoa.. Doa orang teraniaya takde hijab.. Satu hari, Ai rasa down sangat-sangat.. Balik tu, dari dalam kereta sampai nak tidur Ai menangis.. Dan selepas puas menangis, Ai buat keputusan nekad..

Esoknya, Ai datang kerja dengan ceria.. KN risau tengok Ai.. "Ai dah ok ke??"; sapa KN semasa kami bertembung di kantin.."Ye, ok je.."; sambut Ai sambil ketawa.. KN bertanya pula; "dah settle ke masalah??".. "Masalah tak settle lagi.. Tapi Ai dah buat keputusan.. Kalau bulan julai ni masih tak dapat tukar, Ai nak berhenti kerja.. Ai malas nak stress fikir macam-macam.."; jawab Ai..

Yang peliknya, KN tak membantah.. KN cuma kata dia sokong apa juga keputusan yang Ai buat.. Sebab kalau dia jadi Ai pun, dia dah tak samggup tempuhi.. Tapi paman dan KG kurang setuju dengan keputusan Ai.. Dorang suruh Ai fikir panjang lagi.. 

Ai buat keputusan nekad tu, sebab Ai yakin pada rezeki Allah.. Selama Ai susah, Ai tak pernah meminjam dengan sesiapa sebab Ai takut tak boleh bayar hutang.. Alhamdulillah.. Dengan keyakinan tersebut, akhirnya Allah makbulkan doa Ai untuk bertukar ke perak..

Janji Allah itu pasti.. Dalam masa yang hampir serentak, masalah Ai selesai.. KG kata pada Ai; "kagum betul.. Ai tak karam pun walau ujian besar melanda.. Tengok badan kecil je, tak sesuai dengan masalah yang ditanggung.. Hebat kuasa Allah.. Dia uji Ai sebab Dia tahu Ai kuat.. Ai mampu.."

Ai diam je.. Sebab KG tak tahu kerap juga Ai rasa nak drive laju-laju masa atas jambatan dan terjun laut.. Tapi bila fikir balik dosa nya.. Dan apa akan jadi pada HB dan HK?? Siapa yang nak jaga 2 harta Ai tu?? So Ai balik kepada fitrah.. Solat dan berdoa.. Hari-hari menangis masa berdoa.. Benarlah.. Allah suka kita merintih pada Dia.. Memang Dia lihat dan tahu apa yang kita lalui.. Tapi Dia nak kita merayu pada Dia bercerita kesedihan kita..


Nota Jari: KG pesan supaya ambil ikhtibar dengan pengalaman yang lepas.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...