Tuesday, 29 August 2017

Tiada Dendam..

Sedar tak sedar dah sebulan Ai berpindah ke tempat baru Kuala Kangsar.. Alhamdulillah.. 
Sebelum bertukar bulan lepas, Ai sempat berbual-bual dengan paman.. Paman pesan; "Ai jangan simpan apa-apa dendam, tau..".. "Takde la paman, Ai tak pernah dendam dengan sesiapa.. Cuma Ai frust je.."

"Ai memang jenis diam je bila orang kata apa pun.. Sebab Ai tak pandai bergaduh.. Tapi jangan anggap Ai takde perasaan marah.. Ai pun tau rasa marah..", sambung Ai lagi..

Paman sambil tersenyum membalas; "Ai pandai marah ke?? Ai tengah marah ke sekarang?? Cuba la Ai marah, nak tengok.."

"Ala, paman ni.. Jangan la.. (gaya macam perli Ai je kan..huhuhu).. Ai kalau marah pun, Ai diam je.. Ai tak pandai membebel.. Habis geram sangat Ai menangis je..", balas Ai..

"Kalau Ai marah, Ai kena belajar lepaskan.. Jangan pendam.. Nanti bahaya untuk Ai..", nasihat paman..

Takde apa la.. Ai tak pandai cakap kasar dengan orang sebab Ai tak nak sakit kan hati sesiapa.. Tapi dengan adik beradik, Ai boleh cakap kasar sebab Ai yakin adik beradik Ai tak kan simpan dalam hati.. Sebab kami adik beradik akrab.. Kalau dengan orang lain, kita minta maaf memang orang kata dah maafkan tapi tentu dalam hati masih ada kesan, masih simpan dalam hati.. Ai tak kisah orang buat Ai sebab Ai jenis tak berdendam..
~~~~~~~~~
Adakalanya, KN geram dengan sikap Ai yang berdiam diri.. KN kata adakalanya kita perlu pertahankan diri.. Tapi suatu hari KN kata, dia dengar ceramah.. Kisah pemuda yang dapat masuk syurga hanya kerana dia tidak suka berbalah walaupun orang menganiaya dia.. KN rasa sangat terkesan, dia kata teringat kat Ai.. Sejak tu, KN akan beri kata semangat je.. Dia tau, kalau suruh Ai pertahankan diri, memang Ai takkan buat..

Hari ni, Ai terbaca kisah pemuda yang disebut Ahli Syurga oleh Rasulullah s.a.w.. Pemuda tersebut dijanjikan syurga  bukan kerana kuat beribadat tetapi kerana 3 amalannya, iaitu;

1. Pemuda tersebut berusaha untuk tidak menyakiti orang lain. Sekecil apapun, pemuda tersebut sentiasa berusaha untuk tidak menyinggung perasaan orang lain. Baik terhadap ibu bapanya, isteri dan anak-anaknya, keluarganya, jiran-jirannya, dan semua orang yang hidup di sekelilingnya. Kerana tak ingin mereka tersakiti atau bahkan tersinggung oleh ucapan dan perbuatannya.

2. Pemuda tersebut berusaha untuk tidak marah dan memaafkan. Kerana pemuda tersebut tahu bahawa Rasullullah tidak suka marah dan mudah memaafkan.

3. Pemuda tersebut berusaha untuk menjaga tali silaturrahim. Menjalin hubungan baik dengan siapapun. Dan menyambungkan kembali tali silaturrahim yang sudah terputus.



Nota Jari: Ai tak nak berdendam dengan sesiapa.. Biar ALLAH yang beri pembalasan kepada orang yang menganiaya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...