Tuesday, 13 June 2017

Stop Distracting Me!!!

Salam Ramadhan yang ke-18.. Alhamdulillah, masih diberi peluang dan ruang untuk bertemu dengan bulan yang penuh dengan keberkatan.. Insya-Allah, kurang dari 2 minggu kita akan menyambut syawal pula..
Fuuuuhhhhhh... Lama bebenor tuan blog tak mencoret.. Bukan lupa, tapi tak sempat.. Sebenarnya mood terbang ke laut.. Hahahaha..

Errrmmmm.. Sejak puasa ni, jambatan hari-hari jem.. Ye la semua kejar nak berbuka puasa dengan family.. Semua nak balik awal.. So untuk mengelakkan jem, Ai ride ego solariz ke opis.. Tapi penat dan sakit pinggang.. Lepas solat isyak je mesti terus lelap.. Esok bangun awal untuk buat terawih dan tahajud..

Ok.. Sebenarnya nak story satu kejadian yg berlaku pagi tadi.. Asalnya Ai nak apply cuti tapi KUB tak bagi sebab Ai perlu buat tugasan di jabatan.. So pagi tadi Ai tak rushing macam selalu.. Hari ni, Ai drive.. Singgah isi minyak kat shell jawi.. Tiba-tiba ada sorang pakcik tegur Ai.. (Bukan pakcik motor putih, ye)

Pakcik ni, isi minyak dibelakang kereta Ai.. Pakcik ni naik kereta kancil putih.. Bertanyakan jalan ke bukit minyak.. Ai ni pula terlajak baik hati dan anggap semua orang baik.. So Ai buka waze dan bagi tau jalan yang dia kena ambil..

Pastu, pakcik kancil putih ni minta no hp Ai.. Sebab kesian takut dia sesat (padahal Ai pun bukan pandai bab-bab jalan ni), Ai pun bagi no Ai.. Masa dia minta no tu, dia tanya Ai dah kahwin ke belum??? Ai jawab la dah kahwin.. Pastu dia macam tak jadi ambil no Ai.. Ai pun dah hairan.. Apasal pula ni?? Pastu pakcik tu, tepuk bahu kiri Ai.. Ai dah mula tak sedap hati.. Baru kenal, pastu boleh tepuk-tepuk bahu Ai pula.. Ni dah lebih.. 

Dia misscall Ai.. So Ai save nama dia letak awalan En.. Boleh dia kata jangan letak encik.. Pastu Ai kata, nak letak apa?? Dah lelaki kena letak encik la.. Dia suruh letak a***g.. Pastu dia cerita, dia sebatang kara, takde adik beradik, mak ayah dah meninggal.. Dia ada banyak tanah.. Then nak ajak Ai jumpa sebelah petang..

Ai dah seram sejuk.. Masa tu rasa takut sangat.. Dan rasa bodohnya, kenapa la bagi no betul.. Bagi je la no tipu.. Masuk dalam kereta Ai terus pecut.. Takut dia follow.. Mujur dia tak follow.. Tiba-tiba ada call masuk.. Pakcik kancil putih call.. Ai tak nak angkat..

Ai call HM guna hp lagi satu.. Ai ketaq sangat masa tu.. Ai takut sangat.. Ai berdoa agar Allah lindungi Ai.. Then dia hantar mesej pula.. Masa Ai tengah sibuk kerja, lagi sekali dia call.. Ai tetap tak jawab.. Pastu dia mesej lagi.. Ai tak buka baca.. Ai takut.. Ai tunjuk pada kawan Ai je.. Katanya, ayat jiwang.. Gaya nak mengorat.. Lagi la Ai takut nak baca.. Atas nasihat kawan baik Ai, Ai terus block nombor dia..
Balik rumah sampai lambat, HM sambil senyum kambing tanya, Ai pergi jumpa pakcik tu ke?? Jalan jem la.. Buat apa pergi jumpa pakcik tu?? Menakutkan..



Nota Jari: Peringatan untuk diri sendiri.. Jangan baik sangat dengan orang.. Sebab tak semua orang ikhlas dengan kita...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...