Monday, 19 June 2017

Mencari Lailatul Qadar

Tanpa dihitung masanya akan tetap tiba..
Tanpa dipaksa ia tetap menghampiri..
Tanpa disedari ia akan berakhir..
Ya..
Akan berakhir semuanya..
Bisakah kita bertemu lagi??
Bisakah bahagia mengiringi kita nanti??
Bisakah kita berpisah tanpa bertemu semula??

Sedih..
Hiba... Pilu..
Mengamit hati yang lama membisu..
Menyepi sengaja mengunci mulut..
Air mata tidak henti mengalir..
Terasa terlalu banyak dosa yang dikendong..
Masih adakah pintu keampunan untuk kita??
Sedih.. Perasaan takut bermain difikiran..

Ya Allah.. Aku takut pada sakaratul maut-Mu..
Kerana aku tidak tahu bagaimana ia akan datang kepadaku..

Aku takut akan seksa kubur-Mu..
Kerana aku tidak tahu bagaimana wajah Mungkar & Nangkir yang datang menyoalku..

Aku takut akan azab api neraka-Mu..
Kerana diuji dengan panas dunia pun, aku sering mengeluh kepanasan..

Ya Allah..
Setiap hari aku ingin melakukan lebih banyak kebaikkan..
Tetapi seringkali aku melakukan kemungkaran..
Setiap hari aku ingin mengumpul lebih banyak pahala..
Tetapi seringkali aku mengumpul dosa..
Setiap hari aku ingin melangkah ke syurga-Mu..
Tetapi seringkali kaki ku menuju ke neraka-Mu...

Ya Allah,
Aku tahu, aku banyak melakukan dosa dan kemungkaran.. Ampunilah dosa-dosaku, agar aku tak termasuk dikalangan orang yang rugi..

Ya Allah,
Berilah peluang untuk aku bertemu malam
Lailatul Qadar-Mu..
Permudahkanlah urusanku, perluaskanlah rezekiku..
Kurniakan kesihatan kepadaku..
Selesaikan masalah hutangku..

Amin ya rabbal alamin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...