Friday, 12 May 2017

Segalanya Dengan Izin Allah

Amboiiiii.... Tuan blog lama menyepi.. Hehehehe.. Ada yang rindu ke??? 

Banyak story mory sebenarnya.. Tapi kena tapis dulu supaya sesuai untuk bacaan umum.. Hahahahaha.. Korang mesti tak tau, kan.. Blog Ai ni ada penapis piawaian.. Tak pernah lantik pun.. Tapi tu la.........
Ok, just nak bagi tau.. Tak mencoret bukan bererti kering idea.. Cuma kering tenaga je.. Hahahaha.. Banyak sangat masalah.. Biasalah, Allah datangkan ujian sebab nak sedarkan kita.. SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN BUMI ADALAH HAK MILIK ALLAH.. HATI KITA PUN HAK MILIK ALLAH..

Ni status yang Ai buat pada 9 Mei 2017.. Ai ambil cuti untuk buat urusan peribadi..

Sebenarnya, kalau kita terlalu bangga dengan sesuatu pun, Allah akan datangkan ujian.. Contohnya terlalu bangga dengan jawatan yang ada.. Terlalu bangga dan menayang kebahagiaan rumahtangga kepada orang.. Terlalu bangga dengan ilmu / sijil yang ada.. Dan macam-macam lagi..

Kenapa Allah uji dengan apa yang kita banggakan??? Sebab nak sedarkan kita, semuanya milik Allah.. Allah hanya meminjamkannya kepada kita..

Terlalu bangga dengan jawatan yang ada, berasa diri berkuasa sehingga menganiaya orang bawahan.. Sekelip mata Allah boleh tarik balik jawatan tu..

Terlalu bangga dan menayang kebahagiaan rumahtangga kepada orang, sehingga menyebabkan orang lain terasa.. Sekelip mata Allah boleh tarik balik kebahagiaan tu..

Terlalu bangga dengan ilmu yang ada sehingga memandang hina kepada orang lain.. Sekelip mata Allah boleh tarik balik ilmu tu..

Selain tu, Allah juga selalu uji dengan apa yang kita terlalu nak or cakap.. Kita cakap berulang kali mengata orang lain.. Sampai 1 masa, kita dah lupa dengan apa yang kita cakap.. Tapi Allah tak pernah lupa.. Lalu diturunkan ujian kepada kita.. Kita pun terduduk meratapi ujian yang diterima sambil menangis..




Nota Jari: Hargai dan syukuri apa yang kita miliki.. Didik hati untuk melebihkan / dahulukan Allah dalam setiap urusan.. Lebihkan kebergantungan kepada Allah bukan kepada sesama makhluk..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...