Sunday, 21 May 2017

Pengalaman Interview Jawatan: Pembantu Tadbir (Kewangan)

As'salam.. Sorry lama tak mencoret.. Idea banyak tapi macam biasa lah.. Bila tak mencoret means Ai terlalu sibuk or terlalu banyak masalah.. Ye, masalah datang bertimpa-timpa.. Insya-Allah, nanti dah reda Ai akan story..
Sesaja buka blog.. Baru terperasan ada new  comment.. Semoga yang membaca coretan Ai ni, terus kuat dan tabah menghadapi ujian Allah.. Tahun lepas, adik ni dah pernah komen..

Ok, Ai nak share story yg dah lama Ai peram.. Dulu Ai pernah janji nak share story macamna Ai dapat kerja kerani..

Ai mohon jawatan kosong di UPNM pada bulan mei 2010, iaitu sebelum Ai dapat kerja di pizza pah.. Ai dapat panggilan interview di UPNM untuk jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W17, pada masa yang Ai dah betul-betul stress bekerja di pizza pah coz susah nak dapat gaji.. Sebelum tu, setiap hari Ai solat dan menangis.. Merayu pada Allah agar berikan Ai kerja yang lebih baik.. Ai tak kisah kerja jadi kerani pun takpe, asalkan kerja tetap.. 

Lepas dapat call tu, Ai mesej kenalan Ai (Khai) yang bekerja di sana.. Bukan kabel Ai ye.. Dia budak sama course dengan Ai, tapi dia pun kerja kerani je.. Tapi dia beruntung, dia dapat kerja dari mula upnm ditubuhkan.. So jawatan dia tetap la.. Ok, sambung balik.. Ai mesej fb dia je.. Tanya apa skop kerja.. Risau juga takut tak tau jawab nanti.. 

Masa hari interview.. Ai pakai baju kurung, kasut sarung dan bawa handbag.. Masa tunggu turn tu, ligat la duk hafal nama dato VC la, nama-nama menteri, piagam la dan lain-lain.. Semuanya Ai dah print siap-siap.. Ada yang datang dengan mak ayah.. Siap call sana sini tanya siapa VC dan lain-lain.. Dalam hati, Ai rasa memang susah Ai nak dapat.. Coz calonnya ramai, sedangkan kekosongan cuma seorang.. 

Sampai turn Ai kena masuk interview.. Kami antara yang terakhir dipanggil.. Rasanya empat orang sekali masuk.. 3 orang lelaki, hanya Ai je perempuan.. Interviewer nya pula, 2 orang lelaki dan seorang perempuan.. Kami diminta untuk perkenalkan diri seorang demi seorang.. Tak perlu berebut.. Hehehehe.. Ai yang last sekali..

"Nama saya Linz Kushina (bukan nama sebenar).. Umur 28 tahun.. Telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 2 tahun.. Saya bekerja di pizza pah s/b, kajang sebagai kerani kewangan sejak bulan jun yang lalu.. Sebelum ini, saya bekerja di kantin kilang agilent, penang sebagai cashier merangkap kerani akaun.. Saya berpindah ke bandar baru bangi kerana mengikut suami yang bekerja sebagai tetuang di istana negara dan di pinjamkan di 1RAMD, Sungai Besi.."

Banyak lagi nak sambung.. Tapi interviewer mencelah, "tetuang tu apa??".. So explain la apa tu tetuang..

Pastu dorang tanya candidate soalan lain pula.. Tapi dorang macam minat nak borak dengan Ai.. Dorang kata, "tengok keputusan SPM ni, memang mustahil tak sambung belajar.. Tak rasa rugi ke??"

Dengan selamber Ai jawab; "kalau dulu saya sambung belajar mesti sekarang saya menyesal.." Interviewer jadi makin berminat nak dengar penjelasan Ai.. "kenapa??" Dorang tanya.. "sebab sekarang, kan ramai siswazah yang mengganggur.. Degree bukan menjamin dapat kerja.." Dorang senyum dengar jawapan licik Ai.. Hahahaha.. Then dorang tanya pasal kerja Ai masa tu.. Macam dorang nak tau Ai pandai guna komputer tak..

Actually, masa tu memang Ai rasa down sangat.. Rasa nak koyak degree yang ada.. Rasa sakit hati sangat.. Memang marah sangat.. Rasa membazir masa je belajar tapi punya susah nak dapat kerja yang sesuai.. Kalau lepas spm terus kerja, mesti dah banyak duit dan dah banyak boleh bantu family..

Tapi satu perkara yang Ai sedar sekarang ni.. Belajar ada degree bukan tiket untuk kita bekerja sebagai pegawai.. Tapi salah satu jalan untuk mengilap bakat kita yang kita tak sedar.. Nasihat Ai, jangan pernah menyesal menuntut ilmu.. Coz walaupun kita tak dapat gunakan degree yang ada tapi kita masih boleh praktik kan ilmu yang kita pelajari.. Contohnya, ilmu pengurusan, perundangan dan perakuanan.. Tak ramai yang pandai bab ni.. 

Ok, bagi menjawab pertanyaan adik di atas.. Apa yang patut dijawab kalau apply kerja guna spm, kalau interviewer tanya tempoh study tu kerja apa??

Tak susah pun.. Cakap je kerja gerai makan ke, jaga adik ke, ngasuh anak kakak or jiran ke.. Dorang sebenarnya nak tau kita ni pandai bergaul dengan orang ke tak?? Kalau dorang tanya kenapa baru sekarang nak cari kerja lain.. Cakap je, sebab nak ada kwsp.. Or nak kerja yang lebih stabil.. Or nak cuba kerja pejabat pula.. Yang penting masa jawab tu kena confident.. Jangan nampak macam menipu walaupun sebenarnya tengah menipu.. Hahahaha..


Nota Jari: Cabaran dan dugaan selalu ada.. Itukan ujian Allah.. Sabar, redha dan tawakkal selalu..

3 comments:

  1. Assalamualaikum..sy pun senasib mcm adik tu. Pernah interview utk jwtn pembantu pengurusan murid yg menggunakan spm dan sy jwb sepanjang tempoh study tu sy menjaga bapa sy yg sedang sakit sambil berniaga menjual kuih tp nmpk org yg menemuduga tu seolah tak percaya dan memandang rendah sy..sy rasa down sgt time tu smpai la hari ni. Hakikatnya memang apa yg sy jawab tu adalah benar. Dlm temuduga tu sy yakinkan penemuduga yg sy boleh melakukan kerja dgn baik tp mungkin bukan takdir sy. Sy tak dpt kerja tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya percaya Allah sedang membuatkan kita menuju kearah rezeki yang mmg kita akn dpt. Jgn putus asa..just igt..hanya majikan yang bijak menilai kebolehan kita & keadaan semasa pasaran yang akan betul2 menghargai usaha kita.

      Sama2 kita teruskan berusaha lagi! :)

      Delete
  2. Terima kasih diatas entry diatas dan diatas tips berguna dan terima kasih kerana respond...sayalah adik tu :)

    Tulah..saya pergi beberapa interview adakala majikan mmg tahu saya ada degree tanpa tgk resume masa saya submit by hand mereka tanya dah..awak degree ke diploma? Haha ada gaya degree ke camna rupa gayanya..? �� ..dan ada pula menyindir saya cth..degree cemerlang semua cemerlang tak kan x mohon pegawai...xkan nak mohon keje bawahan ni..macam2 lah..tapi saya jawab dengan baik apa yang berlaku terhadap pasaran kerja Malaysia terutama utk orang muda kurang pengalaman dalam bidang yg dipelajari. Bagi saya, hanya majikan yang betul2 mengkaji, ambil tahu, bijak dan faham pasaran kerja dan impak ekonomi akan betul2 faham kita dan ambil kita kerja.

    Betul kata2 kak..sy mula2 ada rasa menyesal belajar tinggi2 tapi sebenarnya ilmu tu luas dan kita boleh guna diluar zon kerja juga.

    Sy doakan kita semua peroleh rezeki yg bertambah-tambah dan apa yg kita perlu didunia dan akhirat kelak. Amin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...