Monday, 24 April 2017

Kepala Lutut Teralih Lagi

Yuhuuuuuu... Lama nya tak munculkan diri.. Ai sibuk sesangat.. Banyak perkara yang berlaku.. Hanya pada Allah tempat Ai mengadu..
Ni apa kes pula tunjuk pic kaki orang???.. Hahahahaha.. Alkisahnya, Ai kan memang ada masalah lutut.. J-Sign.. Dah lupa apa istilah perubatannya.. Masa last check-up kat hukm tahun 2013, doc kata kena operate betulkan tulang lutut Ai.. 

Ngeri je dengar doc tu explain.. Coz kedua-dua belah kaki Ai mengalami masalah lutut.. Takde longkang.. Tulang lutut Ai rata dan senget ke luar.. Sebab tu kepala lutut mudah teralih kalau kaki Ai dalam keadaan lurus..

Disebabkan Ai pindah ke penang, so tak buat la operate tu.. Tapi doc ada bagi surat suruh rujuk kat hospital taiping.. Dah hantar surat tu kat bahagian ortopedik.. Tapi terlupa tarikh temujanji.. Hahahaha.. So stop macam tu je la..

Rasanya last kepala lutut teralih pada tahun 2013.. Tu yang boleh pergi klinik dan dirujuk ke hukm.. Masa sakit, memang berazam nak guna knee support.. Tapi bila dah sihat, jangan harap la nak pakai..

Disebabkan rasa sihat macam orang lain, cuai sedikit je.. Padah menanti.. Tak semena-mena, kaki kiri tersadung.. Errrrmmmm.. Jenuh cover macho tau, menahan sakit.. Huhuhuhu.. Sampai rumah, urat kaki dah mula bengkak.. Malam tu Ai sampai terlena HM urutkan kaki Ai.. Mujur lah Ai kecik dan ringan je.. So HM angkat Ai yang nyenyak tidur ke dalam bilik..

Bangun pagi esoknya, cadang nak OT.. Dah janji dengan KN.. Tapi terpaksa cancel sebab kaki semakin sakit.. Sudahnya, sambung tidur dan minta HM urutkan lagi.. Urat lutut dah masuk angin.. Sakit sangat nak duduk, sujud dan bangun.. So kena solat duduk.. 

Petang tu, ajak HM keluar bawa anak-anak ke mydin.. Tujuan Ai nak pergi watson.. Nak beli knee support.. Tapi entah kenapa rasa macam dah pernah beli je sebelum ni.. Lepas bayar, terus pergi toilet untuk pakai pada lutut kiri yang sakit.. Then baru ingat.. Memang pernah beli knee support brand Futuro sebelum ni..

Tapi tak tau la 'simpan' kat mana?? Harga knee support Futuro, around RM39.. Harga knee support Dr.Check, around RM23... Ok, mulai sekarang kena beringat selalu.. Dan kena pakai knee support masa pergi kerja.. Walaupun rimas tapi demi menjaga keselamatan lutut, kena la pakai juga..




Nota Jari: Sebab tu Ai lebih memilih tidur di atas katil or sofa kalau balik kampung.. Supaya takde yang tersepak lutut Ai..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...