Friday, 10 March 2017

Teman Paling Rapat

Minggu yang sangat memenatkan.. Bila berdepan dengan pelbagai kerenah manusia.. Biasalah perangai manusiakan berbagai-bagai.. Hhhhuuuuhhhhh.. Ai selalu lupa makan bila terlalu sibuk dan stress..

Ok, biasanya masa zohor, Ai akan luangkan masa untuk mengaji.. Biarlah cuma beberapa ayat sahaja.. Macam yang Ai story dalam entry Mimpi Arwah Mak..Setiap kali nak baca al-quran, Ai akan niatkan; "ya Allah, sekiranya bacaan al-quran ku ni memperolehi pahala.. Aku sedekahkan pahala bacaanku kepada ibu yang ku sayangi Habibah binti Arabiyah.. Aku mohon pada-Mu ya Allah.. Luaskanlah kubur ibuku, lapangkanlah kubur ibuku, terangilah kubur ibuku.. Jauhkanlah ibuku dari seksa kubur, hindarilah ibuku dari azab api neraka.."

Sebenarnya Ai dah lama nak share tentang ni.. Sebab ramai yang bertanya bila tengok Ai mengaji guna phonetab.. Ok, kat rumah dah tentulah Ai mengaji menggunakan naskah al-quran.. Tapi di opis Ai mengaji guna aplikasi al-quran yang Ai install di phonetab..
Nampak tak icon iQuran Pro.. Ai letak kat depan supaya senang nak cari..
Klik icon iQuran Pro untuk mulakan bacaan.. Boleh pilih surah yang nak dibaca.. Perasan ada pic speaker warna putih?? Tu bermaksud surah tu Ai dah download.. So Ai boleh dengar bacaan dari Iman yang Ai pilih semasa download..
Ok, tengok pic atas ni pula.. Perasan ada tanda warna kuning no 73 pada surah Al-Hajj.. Tu bermaksud, ayat yang perlu Ai mulakan bila nak sambung mengaji di rumah.. Untuk sambung bacaan, klik je pada icon kuning yang bernombor tu..
Lepas klik, ia akan terus masuk dan terus ke ayat yang kita tanda untuk sambung bacaan.. Tekan lama-lama pada ayat tu untuk hilangkan kuning tu.. Bila nak berhenti mengaji, just tekan lama-lama pada ayat yang seterusnya sampai jadi kuning..

Perasan tak ada icon macam anak panah di atas no ayat 77?? Icon tu bermaksud anda perlu sujud sejadah pada ayat tersebut..
Ok, cuba tengok pic atas ni pula.. Ada icon bernombor 18.. Tu bermaksud, ayat surah ni permulaan juzuk.. Nombor dalam icon tulis 18, kan.. So maksudnya, ni permulaan juzuk yang ke-18..
Macamna nak install?? Boleh cari di playstore.. Search iQuran.. Banyak pilihan iQuran yang ada.. Boleh pilih je yang mana sesuai.. Version yang Ai guna takde dalam list ni.. Setiap version ada kelebihan tersendiri.. Ada yang tajwid berwarna or boleh pilih bahasa terjemahan..
Beza version yang Ai guna dengan iQuran (Beehive Innovation) yang lain, iQuran Pro boleh pilih bahasa terjemahan.. Walaupun Ai have a lot of mix, tapi Ai pilih terjemahan dalam bahasa Melayu.. Hahahahaha..



Nota Jari: Jadikan Al-Quran teman paling rapat kita.. Percayalah, bila ada masalah, berdoa pada Allah dan bacalah Al-Quran.. Nanti Allah akan tunjukkan jalannya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...