Saturday, 11 March 2017

Semangat Yang Terkubur

Minggu lepas memang stress sangat.. Nak menangis sangat-sangat.. Kepala rasa berat sangat.. Badan rasa lemah sangat.. Semangat pun semakin pudar..
Pada hari selasa, selepas selesai solat zohor dan mengaji, tiba-tiba ada mesej masuk.. Errrmmm.. Siapa pula yang mesej ni?? Tengok-tengok mesej dari SPA.. Jemputan untuk pemeriksaan fizikal, pancaindera & kecergasan untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41..
Dapat je mesej tu, Ai asyik tersenyum je.. Hilang stress.. hahahahaha.. Tapi Ai tak cerita kat kawan opis.. Tak nak dorang patahkan semangat Ai yang baru nak tumbuh balik..
Tapi Ai hairan juga la.. Macamna Ai boleh lepas tapisan sebab masa mohon dah bagi tau tinggi Ai.. Ai kan memang tak cukup inci.. Mohon jawatan tu pun sebab nak kerja dengan KPDNKK.. hahahaha.. Ada target la.. Sebab duk tengok masa dorang buat sport check di supermarket, ada staff yang tinggi lebih kurang Ai je..

Kalau nak kerja dengan JPJ, confirm tak lulus sebab kurang inci dan kurang berat.. Nak tinggi sekurang-kurangnya 153cm dan berat 46kg.. hahahahaha.. Tinggi dan berat Ai?? Tinggi 150cm kut.. Ai paling berat pun 42kg..
Banyak kali Ai check SPA.. Betul ke ni?? Kenapa boleh lepas pula ni.. Mungkin ni panggilan untuk KPDNKK.. hehehehe.. Berbunga-bunga hati.. Ai terbayang opis KPDNKK di Parit Buntar.. Kalau dapat ni, dekat dengan rumah.. 15 minit je.. Seronoknya..
So dengan penuh semangatnya, malam tadi buat semakan jadual pemeriksaan fizikal, pancaindera & kecergasan untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41.. Barulah Ai tau, jawatan ni untuk MOA.. Lagi sekali hairan.. Dorang ni betul ke nak nak ambil orang yang tak cukup inci???
Sekali klik tengok panduan pemeriksaan fizikal, pancaindera & kecergasan... Gelak sampai keluar air mata.. hahahahahaha.. Confirm Ai gagal.. Ai bukan jenis yang aktif bersukan.. Biasa bersukan atas tilam dan berenang dalam bilik air je.. Ai memang ada masalah pernafasan.. Nafas pendek dan mudah semput.. Ai panic tak jumpa jalan (tak tau jalan) pun, rasa boleh hilang nyawa.. Ni kan pula nak kena berlari, bangun tubi dan lompat jauh..


Nota Jari: Nampaknya terkuburlah semangat yang baru nak bercambah tadi.. huhuhuhu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...