Tuesday, 7 March 2017

Selawat Tafrijiyah

Semalam Ai ada story, KF minta Ai amalkan selawat Tafrijiyah.. Ok, kali ni Ai nak kongsi kelebihan selawat Tafrijiyah.. Ai copy dari Shafiqolbu.. Semoga manfaatnya dan pahalanya dapat sampai kepada semua orang..
Selawat Tafrijiyah disebut juga “Selawat Kamilah” atau “Selawat Nariyah” yang ertinya sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.

Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan Selawat Tafrijiyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Fadhilat Selawat Tafrijiyah

Antara kebaikan pengamal selawat ini:-
1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4. Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5. Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

 Imam ad-Dainuri r..a.
  1. 11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
  2. 41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
  3. 100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
  4. 313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
  5. 1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.

Imam Qurtubi r.a.
41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.

Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.
Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.

Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.



Nota Jari: Semoga pahala orang yang mengamalkan sampai kepada tuan punya blog Shafiqolbu dan kepada Ai yang copy.. Amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...