Monday, 6 March 2017

Masih Ada Yang Sayang

Oh ye.. Ada yang perasan tak?? Ai dah ubah pic header blog.. Macam yang Ai story dalam Hakun Store Berwajah Baru; 'Nanti nak minta lukis pic Ai tengok pelangi.. Nak ganti pic burung tengok pelangi tu pula.. Hahahaha.. Ai kan Si Pencari Pelangi..'

Jumaat lepas, sempat berbual-bual dengan KF.. Errrmmm.. Lama tak makan kek carrot yang KF buat.. Sedap tau.. Ok, sambung balik.. KF tanya macamna keadaan Ai.. Ai cerita la baru habis audit.. So lega la sikit.. bla..bla..bla..
Walaupun Ai cerita tanpa emosi, tapi Ai perasan KF faham apa yang Ai lalui.. Kemudian KF suruh Ai amalkan selawat Tafrijiyah.. Ai pun terus tanya pakcik google yang serba tahu.. Kelebihan selawat Tafrijiyah boleh baca SINI...
Kata KF selawat ni dapat menyejukkan mata orang yang memandang.. Errrmmm.. Beberapa minggu yang lepas, masa berbual dengan KF, beliau nasihatkan Ai amalkan baca yasin setiap hari untuk jadi pendinding Ai.. KW pun kata macam tu.. Tapi disebabkan Ai memang baca Al-Quran setiap hari, KW kata tu lagi bagus sebagai pendinding..

Tahun lepas, KN bagi Ai no seorang ustaz.. KN minta Ai call ustaz tu untuk tengokkan, ada yang mengganggu Ai ke?? Ye la, Ai banyak bercerita pada KN.. Adakalanya KN tak tau nak bagi pendapat.. Then KN akan suruh Ai minta pendapat paman.. Hahahaha.. Bila KN cadangkan macam tu, baru Ai teringat Ai dah lama tak sembang dengan paman.. Paman pernah nasihatkan Ai berubat.. Takut ada yang mengganggu Ai..

So masa KN bagi no ustaz tu, Ai pun terima je la.. Ai call ustaz tersebut.. Bagi tau dapat no dari kawan, pastu bagi tau nama, tempat kerja dan masalah yang Ai hadapi.. Ustaz tu diam sebentar, kemudian beliau berkata; "ooohhh.. Takde apa-apa ni.. Takde gangguan.. Cuma masalahnya 'kita' ni terlalu baik sangat.. Tu yang jadi macam tu.."

"Betul ke tuan?? Habis tu, Ai nak kena jadi jahat ke lepas ni??", soalan blur dari Ai.. Hahahaha.. Memang blur masa tu.. Ustaz tu jawab; "bukan nak suruh jadi jahat.. Baguslah 'kita' baik tapi 'kita' ni terlalu baik sangat.. Jadi sebelum nak buat apa-apa tanya pendapat kawan dulu.."

Lepas letak phone, Ai terus call KN dan ceritakan apa yang ustaz tu cakap.. KN kata dia lega dengar ustaz tu cakap macam tu.. Maknanya, Ai perlu belajar kata tidak supaya tak terus-terusan dibuli.. 

Ok, habis mood hitam putih.. Ai tanya KF; "Ai hairanlah kak.. 'dia' kan nampak baik je, kenapa buat macam tu??".. KF senyum; "macam ni lah.. Ai tengok kak nampak baik, kan?? Tapi sebenarnya Ai tak tau pun macamna sifat sebenar kak..".. Ai hanya mengangguk tanda setuju.. "Selagi bernama manusia, kita tak lari dari buat silap dan sentiasa digoda syaitan.. Yang paling kuat godaan iman adalah ulama'.. Sebab tu kita kena selalu doa, Ya Allah, jauhkan aku dari fitnah jin, syaitan, iblis dan manusia..", sambung KF..

Lepas tu KF minta Ai hulurkan tangan.. KF sapukan losyen terapi untuk Ai.. Katanya supaya Ai rasa lebih tenang dan tak stress.. Dan KF pesan suruh Ai minum banyak Ai sebab Ai terlalu kurus kering..


Nota Jari: Syukur masih ada yang ambil berat dan sayang pada Ai...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...