Tuesday, 21 March 2017

Ego Solariz

Yooooo.... Jangan la terkejut tengok tajuk yang gempaqqqq.. Ramai yang tanya Ai dah beli motor baru ke?? Sekarang pergi kerja naik motor lagi ke?? Ok, sebelum tu nak kena declare awal-awal.. Ni bukan entry berbayar untuk promote ye.. Ni review tulus ikhlas dari Ai.. hehehehe..
Macam yang Ai pernah story dalam entry-entry dari tahun lepas, Ai merancang nak beli motor baru memandangkan motor ego dah uzur dan tak boleh travel jauh.. Dari bulan puasa tahun lepas, Ai berulang menggunakan kenari.. huhuhuhu.. Bertabahlah untuk sediakan duit minyak dan tol setiap hari..

Akhirnya, tekad juga la beli motor baru.. Bukan sesaja melambatkan.. Tapi Ai nak tunggu Nouvo baru.. Sebab tengok yang ada cuma ego baru.. Ohhh.. Lupa, nak bagi tau.. Ai memang target nak beli skuter juga.. Sebab senang tak payah nak tukar-tukar gear.. hahahaha.. Lagi pun Ai dah lupa waktu bila kena tukar gear..

Ai plan nak ambil skuter nouvo sebab Ai nak skuter yang ada 2 absorber.. Ego lama tu cuma ada 1 absorber, so Ai andaikan sebab tu ego macam kurang uummmmppppp!!! untuk perjalanan yang jauh.. hehehehe.. Jangan la gelak.. Ni dari sudut pandangan wanita suci yang tak tau pasal motor..

Ok, sambung balik.. Setelah berfikir dan membuat kiraan kos, Ai putuskan untuk beli no plat.. hahahahaha.. Nampak tak?? No plat dulu yang penting.. Dah beli no plat, so wajib la kena beli motor kan.. Ai minta bantuan encik waze tolong tunjuk kat mana JPJ.. Mujur lah Ai ter'install' waze masa jalan jem bulan lepas.. So bila tak tau jalan, minta encik waze la teman tunjuk kan jalan.. hahahahaha..

Sampai JPJ terus, tanya kat mana nak beli no.. Pergi beratur ambil borang dan photostat IC.. Isi borang letak no plat yang berkenan di hati.. Ai nak beli no '557' coz kenari '5557'.. Tapi cik JPJ tu bagi tau, no yang ada cuma dari 563.. So Ai minta cik JPJ tu tambah no 5 kat depan no yang Ai nak beli.. Makanya no plat Ai nanti sama dengan kenari.. Cik JPJ kata 5557 masih ada dan cajnya RM210.. Dah bayar dan dapat resit, cik JPJ kata nanti just bagi resit tu pada salesman untuk uruskan pendaftaran kenderaan..

Balik dari JPJ terus pergi kedai motor pula.. Tengok punya tengok.. Tanya punya tanya.. Memang nouvo takde model baru.. Yang terbaru cuma model ego solariz dan ego avantiz.. Kedua-duanya 125cc, yang beza cuma avantiz lebih lebar coz boleh letak helmet kat bonet.. Bonet solariz pun besar coz Ai siap boleh simpan kasut sport dan raincoat.. Ai pilih solariz coz lebih slim dari avantiz.. huhuhuhu.. Naik solariz pun kaki Ai macam menari balet.. Kalau ambil avantiz, nanti setiap kali berhenti nak kena cari road curb pula.. huhuhuhu..

Alhamdulillah.. Dah 5 hari naik solariz.. Sampai opis sebelum pukul 8 pagi.. Ai keluar rumah sama juga, pukul 6.30 pagi.. Ride 80km/h kat highway dan 60km/h kat jalan biasa.. Yang best masa kat jambatan.. Ai tak rasa terganggu langsung dengan angin.. Lain sangat dari ego yang lama (100cc).. Setiap kali atas jambatan, Ai rasa tersenget-senget ride sebab menahan dari ditolak angin.. Dan masa ride ego lama, Ai selalu sampai lambat sebab ego tak boleh nak ride laju..

Ego Solariz ada 4 pilihan warna.. Merah, biru, pink dan brown.. Ai nak warna hitam tapi takde.. So Ai pilih brown sebab warna ni je yang nampak gelap.. Design body solariz pun cantik.. Cuma matanya ada di badan.. Dah macam cacat Ai tengok.. Tapi memang kebanyakan motor sekarang ni mata kat badan, kan.. hahahaha.. Pastu cuma ada 1 absorber je.. Apa-apa pun, keseluruhannya prestasi ego solariz memang mantap.. Tak rugi Ai beli solariz..


Nota Jari: Selalu orang potong Ai secara berjamaah.. Sekarang Ai dah boleh potong orang lain.. Tapi mesti orang tu bawa kurang dari 80km/h, kan.. hahahaha

20 comments:

  1. jeles plak tgk nombor plate tue..
    cc 125 untk skuter besar ni mmg syiok bawa.
    ringan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..tq boss..
      Sesuai la dengan Ai yg BMI kurang ni..

      Delete
  2. berapa harga solaris tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga motor shj (cash) RM5080..
      Klu ambil cash,campur roadtax apa semua, anggaran rm5700..
      Klu hutang, deposit rm1800, bulanan rm197 selama 3tahun..

      Delete
    2. Beli kat mana? Murahnya semua sekali cuma RM5700.. Boleh whatsapp sy tak 0137018174. Sy mmg tgh cari motor solariz ni..

      Delete
    3. sorry baca komen.. Ai beli kat kedai Eng Wan Parit Buntar, Perak..

      Delete
  3. Kat Mana kedai tu....leh share location x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai Motor Eng Wan cawangan Parit Buntar, Perak.. Eng Wan ni byk Cawangan.. klu beli cash jatuh murah la.. Klu beli hutang, cekik darah juga.. pernah terkena masa beli moto ego tahun 2007.. tp ms tu beli kat cawangan bagan serai, perak..

      Delete
    2. Tudiaaa dekatnya....hahaha ingat kan Kat KL... ;-).
      Kat KL nampak harga rm5280 plus2

      Delete
    3. Masa duk KL pun, Ai beli motor kat kedai ni jg.. tapi cawangan taiping.. usaha la blk kampung semata-mata nak beli motor..

      Delete
  4. Okay... i ambik solariz jugak.. pening kepala nak decide.. tq

    ReplyDelete
  5. salam, nk tanya bleh? solariz ni bawah seat dia muat helmet x?

    tq pada yang sudi reply.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ego solariz tak muat simpan helmet.. Ego avantiz boleh muat simpan helmet..

      Delete
    2. Nak tnya ni sis, antara avantiz dn solariz mana paling best?

      Delete
    3. Cc nya sama je.. 125cc juga.. Mungkin lebih tinggi dan lebih lebar sebab seat nya boleh simpan helmet..

      Delete
  6. Haiiiiiiiiiiii... Saya pun tgh berfikir ni nak beli ke tak. Sebab perit naik kereta setiap hari. Jem lagi. So far okay tak? Ada org kata maintenance mahal. Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far ok je.. Maintenance sama je macam motor biasa..

      Delete
  7. Avantis cash berapa harga...sblm SST ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, Ai tak pasti la.. Rasa nya masa Ai beli tahun lepas harga avantiz lebih mahal RM500+..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...