Wednesday, 8 February 2017

Takkan Mengalah

As'salam.. Kengkawan apa khabar?? Jangan sedih-sedih, ye.. Jadikan Al-Quran teman setia disaat gembira dan sedih.. Insya-Allah, hati akan selalu tenang.. 
Dalam entry sebelum ni, Ai ada cerita Ai balik kerja guna jambatan kedua.. Selepas seminggu balik guna jambatan kedua, minggu ni Ai cuba masuk pulau guna jambatan kedua pula.. Masuk tol jawi, lepas hentian sungai bakap dah sampai simpang ke jambatan kedua..

Kenderaan tak banyak mcm jambatan pertama.. Jalannya pun sangat selesa, maklum la jalan baru.. Exit ke jambatan kedua terus pilih laluan ke bayan lepas.. Bayar tol sekali je RM10.50.. Means charge masuk pulau RM8.50 coz charge tol dari jambatan kedua ke jawi adalah RM2.00.. Huhuhuhu..

Dua hari je lalu masuk pulau guna jambatan kedua.. Coz takde diskaun.. Kalau guna jambatan pertama, orang luar kena charge RM7.00.. Tapi orang pulau dan yang bekerja dalam pulau dapat diskaun 20%.. So jimat RM1.40.. Hehehehe.. 

Mesti ramai yang tak tau pasal diskaun ni, kan.. Tapi Ai tak pasti la diskaun ni masih ada ke tak untuk orang yang baru buat touch n go.. Coz Ai buat touch n go kat pejabat plus jambatan pertama masa Ai mula-mula plan nak berulang dari kampung, tahun 2014..

So selepas berfikir, adalah lebih jimat Ai guna jambatan pertama semasa datang dan guna jambatan kedua semasa balik.. Dan alhamdulillah, semalam big boss dah peraku pertukaran Ai.. Hahahaha.. Entah kali keberapa minta tukar.. Hope ni kali terakhir coz Mr. R kata ni sesi terakhir beliau uruskan pertukaran..

Tak dapat tukar dekat dengan rumah pun takpe.. Asalkan dapat keluar dari opis sekarang.. Huhuhu.. Opis sekarang dalam town.. Jalan selalu jem terutamanya masa cuti sekolah.. Ye la, georgetown, padang kota, batu feringghi, kan tempat pelancongan.. Insya-Allah, Ai tak kan mengalah.. Ai cuma perlukan sedikit ruang untuk berehat.. 


Nota Jari: Hope dapat tukar dan kurangkan 1 masalah stress.. Hehehehe..

2 comments:

  1. akak masih ulang alik guna moto ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang drive sbb motor rosak.. Plan nak beli skuter nouvo pula.. Tapi bapa tak bagi berulang naik motor, dia kata bahaya..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...