Monday, 6 February 2017

Senyuman Di Bibir, Tangisan Di Hati...

As'salam.. Kengkawan apa khabar?? Ai sakit kepala dan sakit tekak.. Tengah stress sangat-sangat.. Serabut.. Bak kata orang penang; RAPLAH JINGGA.. Eeerrrmm.. Betul ke ejaan tu??
Hari ni, kali pertama dalam hidup, Ai menjerit sekuat hati.. Macam yang Ai coretkan dalam entry Bersabar dan Terus Tabah; 'Kekadang nak menjerit kuat-kuat nak lepaskan tekanan.. Ada masanya menangis depan KG berharap sangat semua masalah akan cepat selesai.. Ye, Ai ada kawan gelak dan kawan gaduh (KG).. Tapi setakat mana orang boleh faham masalah yang kita hadapi..'

Mungkin KG geram sebab hari-hari Ai bercerita masalah yang sama.. KG kata: "Ai tak bersungguh untuk tinggalkan masalah.. Tak tau fikir sebab otak letak kat kepala lutut!!!" Terdiam dan tersentak dengar bebelan KG.. Ai pun tak tau kenapa KG marah sangat???

Nak buat macam mana??? Ai memang tak pandai nak marah orang.. Ai tak pandai nak bergaduh dengan orang.. Kecuali dengan KG.. Nasib kau la labu.. wwweeeekkk.... Dah memang sifat semulajadi Ai sentiasa tersenyum.. Walaupun disaat Ai tengah marah, sedih mahupun sakit.. Sebab tu doktor selalu anggap Ai pura-pura sakit dan datang klinik sebab nak minta MC palsu.. Dan disebabkan tu juga, Ai fobia nak jumpa doktor.. Rasa jahat sangat diri, sampai sanggup pura-pura sakit semata-mata nak MC..

KW selalu pesan.. Masa jumpa doktor janganlah duk senyum meleret.. Nanti doktor tak percaya Ai tak sihat.. KW kata lagi, Ai bila bercakap macam takde emosi.. Sebab Ai cerita benda sedih pun sambil senyum.. Kalau Ai marah pun, Ai masih boleh senyum..

Mujur la KU Ai (EK) percaya cakap Ai masa Ai cerita masalah kat KL dulu.. Dia la yang bawa Ai ke hulu ke hilir untuk urusan rayuan pertukaran.. Masa jumpa dia, Ai cerita perkara sebenar.. Ai tengok reaksi EK antara nak percaya dengan tidak.. Then Ai cakap.. "Terpulanglah En nak percaya atau tak.. Tapi itulah kenyataan sebenarnya yang berlaku.. En tengok Ai bercakap sambil senyum, macam Ai mereka-reka cerita, kan.. Ai dah puas menangis.. Sebab tu Ai boleh senyum walaupun tertekan sangat.."

Apa masalah Ai??? Ai cuma cerita details pada KG sahaja.. Dengan adik-beradik dan bapa pun Ai tak cerita.. Masa arwah mak masih ada pun, Ai tak cerita semua.. Bukan tak percaya pada family, tapi Ai tak nak menyusahkan family Ai.. Masalah Ai, ujian Ai.. Tapi lama mana boleh sorok??? Walau disimpan, walau dipendam.. Orang nampak juga..

Dulu masa di KL, Ai hanya mengadu pada Allah.. Ai takde kawan rapat.. Lagi pun, Ai tak nak orang tau kesengsaraan yang Ai lalui.. Mungkin silap Ai sekarang ni, Ai terlalu kerap mengadu pada KG.. Eeerrrmmm.. Tapi Ai betul-betul rasa lega lepas menjerit tadi.. Haaahhhh.. Ambil kau.. Mesti sakit telinga dengar Ai menjerit tadi..

Macam yang Ai pernah cakap pada KN.. "Ai memang la selalu senyum.. Orang kata apa pun, Ai senyum je.. Tapi janganlah anggap Ai takde perasaan.. Ai pun ada perasaan marah juga.. Cuma mulut Ai tak celupar.."


Nota Jari: Ramai yang nasihat.. Adakalanya kita perlu kata tidak.. Jangan jadi baik sangat sampai sendiri tertekan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...