Sunday, 26 February 2017

Berusaha Menjadi Lebih Baik

Minggu lepas, tetiba KG baru teringat dia tak bayar lagi susu yang dia beli dan ada beberapa barang lain.. Dengan selamber Ai jawab; "tak pe, Ai kan orang kaya.. hehehe.."..

"Amboiiii...".. Mesti KG ingat Ai perli dia sebab tak bayar hutang.. "Tak de lah.. Kalau bab duit, Ai memang yakin pada rezeki Allah.. Ai yakin, orang tak ingat bayar duit Ai sebab Ai masih belum perlukan duit tu.. Nanti bila Ai betul-betul terdesak nak guna duit, mesti masa tu ada yang bayar duit.."..

"Haaahhh.. Apa cerita orang yang tipu duit Ai tu.. Dah minta ritu, dia dah bayar balik ke??", soal KG.. huhuhuhu.. Ada seller tipu duit Ai, bukan sikit.. RM2,267.00 jumlah keseluruhannya.. "Ai dah mesej minta balik duit, seller tu janji nak pulangkan.. Tapi sampai sekarang masih tak de apa-apa.. Errrmmm.. Tak pe la, Ai doakan seller tu dimurahkan rezeki dan dibukakan hati dia untuk pulangkan balik duit Ai.. Kalau tak pun, mungkin tu saham Ai untuk akhirat..".. KG terus mati akal bila Ai jawab macam tu..

Ai memang yakin Allah tahu apa yang Ai perlukan.. Bila Ai 'buntu dan kekeringan', pasti Allah hantarkan pelanggan untuk Ai.. Tambahan sekarang Ai buat kerani part-time.. So tak de la kering sangat.. hahahaha.. Pernah tahun lepas, kereta meragam sebab dah lama tak ganti minyak hitam.. So apa lagi, mesej la kat encik boss minta belikan minyak hitam.. Encik boss memang tak banyak soalnya, sebab dia tau Ai bukan jenis yang suka meminta-minta..

Hanya Allah yang tahu.. Penatnya Ai rasa sebab tak cukup rehat.. Penat berulang jauh setiap hari.. Penat menghadap kerja hakiki.. Penat melayan kerenah manusia.. Penat buat kerja part-time.. Penat update online business.. Penat buat part-time blogger.. Penat.. Penat.. Penat.. Memang penat sangat..

Tapi Ai tetap berusaha sebab Ai tahu tanpa usaha, Ai tak kan dapat wang dengan mudah.. Ai tahu tanpa usaha, Ai tak mampu untuk berikan kesenangan kepada anak-anak Ai.. Ai tahu tanpa usaha, Ai tak kan dapat mencapai apa-apa.. Ai tahu tanpa usaha, Ai tak kan dapat mengapai pelangi yang dicari..

Biarlah Ai korbankan waktu cuti untuk berusaha.. Biarlah Ai korbankan masa tidur untuk kehidupan yang lebih baik.. Biarlah Ai korbankan perasaan untuk masa hadapan..

Apa guna Allah kurniakan tubuh yang sihat andai hanya tidur sahaja?? Apa guna Allah kurniakan tubuh yang sihat tapi tidak mahu bekerja?? Apa guna Allah kurniakan tubuh yang sihat tapi tidak mahu berusaha?? Apa guna Allah kurniakan akal fikiran yang waras tapi tak tahu erti tanggungjawab?? Apa guna Allah kurniakan akal fikiran yang waras tapi tak tahu untuk berfikir??


Yang pastinya, segala penat lelah tu dirasakan berbaloi bila tengok anak-anak senyum gembira.. Kepenatan tu segera hilang, bila dapat beli apa yang diidamkan.. hehehehe.. 


Nota Jari: Sakit pinggang ni.. Hari ni gigih update blog QueMuslimah yang dah setahun tak berusik.. hehehehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...