Sunday, 1 January 2017

Selamat Tahun Baru 2017

As'salam.. Selamat Tahun Baru 2017.. Huhuhuhu.. Apsal Ai rasa macam baru sangat sambut tahun 2016, sekarang dah masuk 2017.. Dan tahun ni masih lagi kena bekerja di penang.. 

Apa azam tahun baru??? 

Errrrmmmm.. Rasa dah naik malas nak carry forward azam dari tahun 2006.. Huhuhuhu.. 

Tahun ni Ai lebih nak fokus pada senyuman.. Means, Ai nak buat lebih banyak perkara yang akan membuatkan Ai dan anak-anak Ai senyum.. Ai harap Ai dapat tinggalkan masalah yang sudah sekian lama mengekori Ai.. Kalau tak boleh dengan cara rela, Ai akan gunakan cara paksa.. Tinggalkan masalah adalah salah 1 cara untuk terus maju dan gembira.. Memang la dengan masalah yang ada ni, Ai masih boleh tersenyum.. Tapi peritnya cuma Ai sorang yang tahu.. Dan pastinya masalah lain pasti akan timbul.. Cuma Ai nak bebaskan diri dari terus dibelenggu..

Ai nak jadi lebih baik, lebih banyak amal ibadat, lebih rajin berniaga, lebih banyak masa untuk anak-anak, nak kongsi rezeki dengan orang yang memerlukan, lebih banyak menolong orang dan lebih berjaya.. Ai nak jadi pengedar susu kambing i-Sihat yang dikenali... Nak kongsi kebaikan mengamalkan susu kambing.. Sihat dapat, pahala pun dapat.. 




Nota Jari: Pesanan kepada masalah.. Tolong bagi ruang untuk Ai gembira pada tahun ni.. Tolonglah pergi dari hidup Ai...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...