Wednesday, 25 January 2017

Hakun Store

As'salam.. Apa khabar semua?? Ada yang dah mula cuti raya cina ke?? hehehehe.. Untungkan kita duduk Malaysia.. Orang lain raya, kita pun boleh cuti sekali.. Ai??? Eeerrrmmm.. Raya puasa pun Ai tak cuti, tak kan nak cuti raya cina pula, kan.. hehehehe.. Lagi pun minggu lepas dah 3 hari ambil cuti sebab demam panas..
Kenapa Ai demam??? Sebenarnya Ai dah lama tak demam.. Masa waktu lunch (lepas solat zohor) ada kawan opis tak sihat, dia kata dia nak minta MC.. Ai pun dengan nada bergurau terus cakap; "Ai pun nak demam juga la.. dah lama tak ambil cuti sakit..".. Tup-tup.. Petang tu juga Ai rasa tak sedap badan.. Balik kerja, badan Ai dah panas membahang..

Esok dan lusa nya terpaksa EL la.. Ai pula jenis fobia jumpa doktor.. So demam or sakit pun, Ai just apply cuti je la.. huhuhuhu.. Dah membazir cuti, kan.. KG pun marah sebab Ai tak nak jumpa doktor.. Setiap hari pesan suruh pergi klinik.. Tapi Ai tetap degil sebab Ai rasa doktor tak suka kat Ai.. huhuhuhu... Mesti ada yang kata Ai tak jumpa doktor, macamna Ai boleh sihat???  Kalau nak tau kena baca entry ni, VaChoc Plus 10..

Hakun Store

Lepas sihat dari demam, tetiba semangat pula nak ubah template blog RahsiaQue: i-Sihat Susu Kambing.. Puas la pilih template free yang sesuai dengan citarasa Ai.. Ala-ala feminim gitu.. Dah puas hati dengan pilihan template untuk RahsiaQue, terfikir nak buat blog baru guna ssm baru..

Dan mengodek-godek lah blog jualan online yang dah lama terbiar.. Wooowww.. Dah 20k visitor.. Sayang pula nak hapuskan.. Lepas tu teringin nak beri nafas baru pada blog tu.. Then try la ubah url blog fhnur.blogspot.com ke www.hakunstore.blogspot.com.. La boleh ubah macam tu je rupanya.. So tak payah la susah payah Ai nak create blog jualan online yang baru.. Lepas tu sesaja google cara nak tukar admin blog, means nak tukar email log in as admin blog.. Rupanya admin pun boleh diubah, just adjust kat setting blog je..

Cuti hari minggu ni, Ai nak update blog Hakun Store.. Nak masukkan produk i-Sihat Susu Kambing juga.. Tak sabar nak sebarkan kebaikan produk i-Sihat Susu Kambing... Produk terbaik mestilah kena dikongsi dengan semua orang..



Nota Jari: Ya Allah, semoga Ai dapat jadi pengedar i-Sihat yang berjaya dan dikenali.. Ai nak kongsi kebaikan minum i-Sihat dengan semua orang.. Agar semua orang sihat dan dapat pahala..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...