Saturday, 28 January 2017

Bersabar dan Terus Tabah

As'salam.. Selamat bercuti menyambut tahun tahun cina.. Hehehehe.. Stok limau Ai dah habis.. Oh, ye.. Kengkawan sihat ke??? Ai tak berapa sihat.. Tapi bukan lah sakit yang serius..
Perasan tak?? Ai selalu guna pic dari Imanimex.. Lukisan nya cantik pastu qoute nya bercirikan islam.. Kalau nak tempah lukisan boleh mesej page Imanimex.. Hehehehe.. Ni bukan iklan berbayar ye.. Ai just nak bagi kredit pada owner pic, coz Ai selalu guna pic lukisannya..

Ok, mari masuk ke perkara tajuk yang sebenar.. Sesuai dengan kata-kata yang ada kat pic atas.. Hukhukhuk.. Ramai yang tanya; Ai minta tukar lagi?? Dengan senyuman Ai akan jawab; "ye.. Setiap 3 bulan Ai akan minta tukar..".. Penat tau ulang alik jauh.. Masa dengan anak-anak pun terhad..

Terikat dengan kerja hakiki, kerja part-time, business online.. Kekadang nak menjerit kuat-kuat nak lepaskan tekanan.. Ada masanya menangis depan KG berharap sangat semua masalah akan cepat selesai.. Ye, Ai ada kawan gelak dan kawan gaduh (KG).. Tapi setakat mana orang boleh faham masalah yang kita hadapi.. Sama hal nya bila KG mengadu masalah.. Ai tak berada di tempat dia, jadi Ai mungkin tak rasa bebanan masalah yang KG hadapi.. Mungkin KG tak faham, tapi cukuplah setiap kali Ai sedih, KG dapat pinjamkan telinga dan mungkin juga KG dah jemu tengok Ai asyik menangis je.. hukhukhuk..

Bila cerita bab perjalanan jauh, tak boleh lari dari masalah jem.. Huhuhu.. Ada masanya jambatan akan jem.. Dari georgetown sampai keluar jambatan bergerak macam kura-kura.. Hari jumaat lepas pun jem coz ada accident kat jambatan pertama.. Oleh kerana dah tau awal-awal jambatan jem, so Ai pun merangka plan untuk guna laluan lain.. Nak guna jambatan kedua.. Tapi macamna nak pergi ke jambatan kedua, dengan Ai yang fobia dan tak tau jalan..huhuhu..

Mujur lah beberapa kali pernah pergi gelugor.. Itu je lah jalan alternatif yang Ai tahu.. Tapi dari gelugor tetap akan tempuh highway jelutong.. Hehehehe.. Dari tesco tu, Ai terus masuk jalan ke bayan lepas.. Woooowww.. Selesa pula jalan menghala ke jambatan kedua.. Keluar jambatan je, dah dekat dengan susur keluar tol jawi.. Sampai rumah dalam pukul 6.45pm.. Ok la tu.. So start minggu depan, balik kerja Ai nak guna jambatan kedua.. Masa pergi tetap nak guna jambatan pertama.. Hehehe..


Nota Jari: Ya Allah, tabahkan hati Ai agar terus bersabar untuk tunggu hujung bulan 3..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...