Monday, 12 December 2016

Senyuman Berlesung Pipit

As'salam... Salam Maulidur Rasul... Ye, masih dalam mood bercuti walaupun esok dah kena kerja.. Errrrmmm.. Siapa yang rasa nak cuti lagi esok, kita geng.. hahahaha..
Alkisahnya, cadang hari sabtu lepas nak bawa anak-anak bujang pergi jejalan tengok haiwan.. Singgah dulu makan tengah hari (rasa dah petang kut) kat belakang balai bomba taiping.. Orang tepen dan kerian mesti tau la, gerai makan ni.. Ai order ABC dan nasi separuh (lauk pilih kerang rebus dan sayur labu).. 


HB pun nasi separuh je, kicap dan ayam goreng.. HB ni jenis takde selera makan.. Puas la kena marah dengan HM sebab makan tak habis.. Kesian Ai tengok HB kena marah.. huhuhuhu.. Sebenarnya, Ai seram kut HM nak marah kat Ai juga sebab Ai pun makan tak habis.. Ai suruh HB pergi basuh tangan.. Dan laju je tangan Ai angkat pinggan Ai letak depan HM.. Sambil senyum Ai cakap; "dah kenyang.." Mujur la tak kena marah, kalau tak mesti Ai sepak je kaki HM.. hahahahaha...

HK ni jenis makan apa pun takpe.. Tapi bila bawa makan kat luar memanjang dia taknak makan.. Asyik nak main je.. Sudahnya, ABC yang Ai order jadi hak milik dia sorang.. Ai tumpang sikit-sikit je..

Lepas makan, sesaja jalan-jalan dalam taiping mall.. Tiba-tiba hujan turun dengan selebat-lebatnya.. So terpaksa batalkan plan nak pergi ziarah haiwan-haiwan dalam zoo.. HK tak faham lagi, so dia happy je la.. HB pula buat muka kelat sebab frust..

-------------------------------

Hari ni HM hantar service kereta.. So Ai jalankan aktiviti buat senaman mata... hahahahaha.. Tipu je.. Ai layan tidur je.. Hehehehe.. Keluar bilik, tengok tv sambil baring dan nak tidur juga.. 

Tengah hari HM tanya nak makan apa?? Ai cakap nak makan ikan keli.. Then Ai masuk bilik belajar buat affiliate kat blog.. Dengar HM balik dari kedai, ingatkan beli lauk dah siap masak.. Rupanya beli ikan talapia merah dan sayur kailan untuk masak.. Dia dah siap-siap siang ikan dan potong sayur baru Ai datang menyibuk.. Ok, Ai memang tak suka goreng-mengoreng.. So Ai masak sayur je.. HM goreng ikan..

Mujur hari ni HB dan Ai boleh habis makan nasi.. hehehehe.. HM garang wooooooo... Mujurlah dia cair tengok senyuman manis berlesung pipit Ai ni.. Kalau tak mesti, selalu Ai kena cepuk.. Ai pula jenis cakap serius macamna pun mesti dengan senyuman.. hehehehe..




Nota Jari: Biar kurus.. Yang penting sihat.. Dan manis dengan senyuman berlesung pipit...

2 comments:

  1. Ohh tak tahu saya tempat makan kat Taiping tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe.. Ai tak tau nama tempatnya.. Biasa orang cakap makan kat belakang balai bomba..

      Tq sifu sudi terjah blog Ai...terharunya...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...