Sunday, 13 November 2016

Tidurlah Sayang

As'salam.. Apa khabar??? Ai??? Alhamdulillah, sihat walafiat.. Tetiba rajin mencoret sebab Ai terjumpa pic yang sesuai untuk tajuk entry ni... hahahaha..
Omak aiiihhhhh... Sedapnya dia tidur.. hehehe.. Ai sangat suka tidur.. Ada ke yang tak suka tidur??? Tidur tu pun suatu nikmat, tau.. 

Dulu masa budak-budak, Ai tak suka tidur sebab Ai ada masalah sakit kepala.. Bila baring je, rasa rumah berpusing-pusing.. So Ai dah biasa la tak tidur siang..

Tapi sejak kerja berulang jauh ni, Ai akan tidur siang setiap hari jumaat.. Coz rehat panjang kan.. Cuma sekarang ni, setiap hari Ai akan tidur selepas solat zohor dan mengaji.. Dapat baring dan pejamkan mata untuk 5 minit pun jadi la.. Waktu lunch Ai tak makan sebab Ai dah makan berat masa makan pagi.. So memang ada masa untuk lelapkan mata..

Sunnah nabi tidur sebelum zohor.. Tapi sekarang Zohor masuk awal.. Tak kan nak masuk surau sebelum pukul 1pm kan.. 

Kenapa Ai suka tidur??? Tidur tak semestinya lena.. Kekadang cuma baring untuk pejamkan mata.. Mata pun perlukan rehat.. Baring untuk rehatkan badan.. Ai tak ambil apa-apa supplement tambahan.. So setiap kali rasa penat, ubat yang Ai perlukan adalah tidur..

Ai selalu sakit kepala kalau hari terlalu cerah coz Ai rabun silau.. So untuk atasi sakit kepala, Ai akan basahkan kepala, letak kool fever kat dahi dan tidur dalam bilik yang gelap.. Kalau bilik tak cukup gelap, akan kelumbum (faham ke??kalau tak faham, means tu bahasa banjar).. Ai akan tidur dengan meletakkan bantal atau kain menutup rapat muka Ai.. Supaya bila Ai pejam mata, Ai akan nampak gelap dan tak nampak bayangan cahaya.. huhuhuhu...

Kalau ada masalah, Ai menangis sepuas-puasnya lepas solat isyak sampai tertidur.. Tapi seksa juga la nak tidur sebab hidung tersumbat..  Masa menangis, Ai akan luahkan dan lepaskan segalanya.. Lepas bangun dari tidur, Ai akan kembali bersemangat dan ceria.. Cuma adakalanya Ai masih perlukan KG untuk bercerita dan luahkan masalah.. Kalau Ai masih mampu bercakap means Ai tak menangis.. huhuhuhu.. Coz kalau Ai dah mula menangis, Ai takkan mampu untuk cakap apa-apa pun..

Setiap malam Ai akan tidur selepas solat isyak.. Means memang tidur awal la.. Dah biasa coz my mom didik kami adik beradik tidur awal.. So pukul 10pm Ai akan mula laloq kalau masih tak tidur..

Ai akan bangun pukul 5am.. Mandi, solat tahajud, solat witir dan tunggu azan subuh.. Masuk azan subuh terus solat subuh dan mengaji.. Pukul 6.15am, Ai perlu siap-siap untuk pergi kerja.. Pukul 6.25am, cium HB dan HK dulu sebelum bergerak ke opis..

Mungkin bagi kengkawan, suatu rutin yang normal.. Dan tak perlu tidur yang banyak.. Tapi bagi Ai yang bertubuh kecil dan terpaksa sado kan hati ni, tidur tu suatu terapi untuk Ai... 



Nota Jari: Tajuk entry puas cari dalam youtube.. hahahaha.. Akhirnya dapat tajuk; 'Tidurlah Sayang' lagu Encik Mimpi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...