Wednesday, 2 November 2016

Redha

As'salam.. Ai doakan semuanya sihat berada dalam rahmat Allah.. Ehhhhh... Jangan lah hairan pula.. Tuan blog terajin nak mencoret malam ni.. Tak on notebook pun.. Just guna smart phone asus je.. hahahaha.. Siap bagi tau brand lagi..

Redha

Dalam setiap redha perlu ada sabar dan syukur.. Kalau kita tak cukup sabar bermakna kita masih belum redha dan kurang bersyukur...

Sebenarnya dari kecil kita sudah mengenali dan belajar untuk redha.. Contoh, masa Ai umur 2tahun 6bulan, Ai terpaksa redha kasih sayang dan perhatian my mom beralih kepada Apis.. Mestilah ada meragam.. Kecik lagi kan..  Biasalah, ragam anak kecil.. Bila dipujuk dan dibelai, meragam pun hilang.. Yang besar pun mesti mengamuk sakan kalau kasih sayang dan perhatian suami beralih pada perempuan lain... huuuussshhhh... Kakak-kakak bawa bertenang dan bertendang.. Jangan marah Ai, ni kan contoh je.. hehehehe..

Kemudian, bila mengenjak remaja.. Ai belajar untuk redha terima family seadanya.. Maksudnya, tak hidup mewah macam orang lain.. Tapi syukur kami sekeluarga masih boleh makan setiap hari.. Ai memang tak bergaul dengan budak-budak yang nampak mewah sebab Ai rasa tak sama taraf.. Masa sekolah rendah bawa 20sen je sebab Ai dapat RMT.. Sehari Ai cuma bawa RM1 masa sekolah menengah.. Setiap hari, Ai akan beli roti ban kacang merah (harga 30sen) dan kerepek ubi (harga 20sen).. Balance lagi 50sen, simpan.. Nanti kalau kawan-kawan ajak outing, boleh la joint.. Atau pun untuk beli peralatan sekolah.. 

Ok, masuk tahun 2000 pula.. Masa tu Ai mula belajar redha berpisah jauh dengan family.. Bayangkan anak manja mak kena masuk asrama.. Ai tak menangis berpisah dengan mak.. Tapi Ai menangis coz baru Ai sedar, tak ada orang yang akan sayangkan Ai tanpa syarat macam my mom and my family..

Disebabkan Ai dah belajar berdikari di matrikulasi, so Ai dah terbiasa menjadi 'lone ranjer' semasa degree.. Tanya lah budak coursemate Ai, confirm dorang tak kenal Ai coz Ai pun tak kenal dorang.. Cuma Yana yang setia dengan Ai.. Nak bagi tau sesuatu; "Yana, Ai rindu sangat kat awak..".. Kat asrama pula, Ai tak berapa nak ngam dengan roommate.. Masa sebelum cuti sem 4, Ai sesaja buka cerita kata ada budak-budak lain nak tukar roommate sebab tak ngam.. Ai nak tengok reaksi dia.. Kalau dia kata nak tukar roommate juga, so boleh la sama-sama mohon tukar dan cari roommate baru..

Tapi dia tak kata apa-apa.. Buka sem 5, Ai terkejut Ai ditukarkan bilik dan takde roommate.. Berbulan-bulan Ai nangis dan tumpang tidur bilik kawan-kawan.. Sebabnya Ai ni penakut.. Lagi pun tu bilik lain.. Ai tidur siang pun kena 'tindih', so memang takut la nak tidur malam sorang-sorang.. Rashid dan Hamdi mesti ingat kisah ni, kan.. Ye la, kita kan rajin lepak dan sembang kat bus stop TNB.. hahahaha.. Nasib baik ada adik-adik junior yang sanggup melayan kerenah kakak senior yang manja ni...

Pada masa tu, Ai betul-betul bengang dan menyalahkan pentadbiran asrama.. Ye la, nak marah kat siapa lagi, kan.. Dengan bekas roommate tu, sampai kesudah Ai tak bertegur.. 1 malam tu, Ai nangis merintih lepas ngaji dan solat isyak.. Tiba-tiba pintu bilik Ai diketuk.. Alamak.. Kuat sangat ke bunyi Ai menangis??? Rupa-rupanya, Allah hantar roommate untuk Ai.. Kebetulan super junior Ai tu pun ada masalah dengan roommate.. Ya Allah.. Ai bersyukur sangat.. Malam tu juga, Jas tidur kat bilik Ai dan since that night, Ai dah tak perlu merayau mencari bilik untuk tumpang tidur..

Cuma satu kekesalan Ai.. Alangkah indahnya kalau Ai terus sabar dan redha serta sentiasa yakin dengan ujian-Nya.. Pastinya ia akan menjadi lebih manis.. Ai rasa rugi sangat Ai tak terus bersabar dan redha.. Hanya 1 malam sahaja lagi.. 

Kadang-kala, terfikir; "ya Allah, berilah aku rehat untuk seketika.." dan ada masanya berharap sangat masalah yang mengekori Ai akan cepat hilang.. Or Ai hilang ingatan, so Ai akan lupa kepada masalah yang dihadapi dan dosa yang telah Ai buat.. Tapi risikonya, Ai juga mungkin tak ingat pada HB & HK, pada arwah my mom, pada my dad and my family, pada kawan-kawan.. Disebabkan tu, sekarang ni walau berat mana ujian, Ai berusaha untuk redha.. Kerana Ai yakin ganjarannya akan terasa lebih manis jika disusuli dengan sabar dan sentiasa bersyukur..



Nota Jari: Redha itu juga tanda kita yakin dengan takdir Allah.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...